CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 18263|Reply: 9

[Tempatan] Tak sangka jadi pemilik BMW... Remaja 14 tahun raih rezeki cabutan SSP BSN

[Copy link]
Post time 11-2-2026 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-2-2026 07:01 PM





Tak sangka jadi pemilik BMW... Remaja 14 tahun raih rezeki cabutan SSP BSN

Sabtu, 07 Februari 2026 1:15 PM
Che Thaqif Dzakwan (dua kiri) memenangi BMW 520i M Sport. -Foto SAMUEL ONG/SMG





SEORANG remaja berusia 14 tahun tidak menyangka menjadi pemilik sebuah BMW 520i M Sport bernilai kira-kira RM364,800 selepas memenangi cabutan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut pemenang, Che Thaqif Dzakwan Che Mazlan dari Nilai, Negeri Sembilan, dia tergamam apabila bapanya memaklumkan berita kemenangan tersebut.

“Saya macam tak percaya. Rasa macam mimpi,” katanya pada majlis penyerahan hadiah di BMW Millennium Welt KL North pada Jumaat.

Bapanya, Che Mazlan Che Jaafar, 49, berkata niat utama dia menyertai skim simpanan itu bukanlah mengejar hadiah, sebaliknya untuk mendidik anak-anak agar berdisiplin dalam mengurus kewangan.

“Hadiah itu bonus, yang penting kami belajar menabung secara konsisten,” katanya.
Che Mazlan berkata, dia mula membuka akaun BSN SSP atas nama anaknya pada 2024, selepas remaja itu mencapai umur minimum kelayakan iaitu 12 tahun.

“Saya sendiri ada akaun SSP, tapi anak yang dapat rezeki,” katanya.

Ditanya mengenai perancangan terhadap kenderaan mewah berkenaan, Che Mazlan berkata keluarganya mengambil keputusan untuk menyimpan dan menggunakan BMW itu sebagai kereta keluarga buat sementara waktu.
“Dengan izin Allah, kami anggap ini rezeki untuk sekeluarga,” katanya.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2026/02/07/tak-sangka-jadi-pemilik-bmw-remaja-14-tahun-raih-rezeki-cabutan-ssp-bsn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2026 11:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 11:43 AM | Show all posts
Kenapala aku tak pernah menang walaupun seposen?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Tersenyum lebar bapaknya dpt lenjan since anak x boleh drive.  Good luck dgn fuel consumption.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 12-2-2026 06:32 AM
Tersenyum lebar bapaknya dpt lenjan since anak x boleh drive.  Good luck dgn fuel consumption.

Kalau iols, iols jual balik..takpe la dpt harga 2nd hand..mcm mak sedara iols masa iols sekolah dulu dia dpt juga kete merc..jual kat cina boleh la dpt rm200k..dia dpt duit dia beli beberapa lot tanah dan emas ..mak iols dpt merasa gelang pemberiannya,..masa tu kan emas dan tanah sgt murah lg...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur I pernah merasa 2x menang seratus
Simpan dalam 7k gitulah

Dah lama berhajat nak simpan dlm sspn balik dgn harapan bole menang sejuta pulak
Tapi kene bukak akaun bsn pulak... alaaaa malasnya nk maintain akaun byk2 ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2026 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 12-2-2026 07:21 AM
Kalau iols, iols jual balik..takpe la dpt harga 2nd hand..mcm mak sedara iols masa iols sekolah du ...

Eh sama dgn my officemate.  Draughtsman  menang merc gak jual and kawin siap depo rumah.  Ni in mid 90s.  
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 11:38 AM | Show all posts
Alhamdulillah tahniah dik...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2026 11:51 AM | Show all posts
Ooh skrg dah x dpt duit 1 juta dah ke? Jadi kereta pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2026 12:03 PM | Show all posts
maintenance mahai tuuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:32 PM GMT+8 , Processed in 1.858697 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list