CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29570|Reply: 1

[Pulau Pinang] Dua vesel nelayan Indonesia ditahan, 10 kru dicekup

[Copy link]
Post time 10-2-2026 06:53 PM | Show all posts |Read mode
Dua vesel nelayan Indonesia ditahan, 10 kru dicekup

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
10 Februari 2026 04:09pm





10 kru warga asing ditahan dalam tempoh empat hari lalu.






GEORGE TOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua vesel nelayan asing Indonesia dalam tempoh empat hari lalu.

Ia merupakan hasil rondaan dan pemantauan berterusan di perairan negeri ini, sekali gus berjaya menahan 10 kru warga asing yang disyaki terlibat dalam aktiviti perikanan haram.


Pengarah Maritim Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, tangkapan terbaharu dibuat kira-kira jam 12 tengah hari Ahad apabila sebuah vesel nelayan asing dikesan oleh kapal peronda Maritim Malaysia pada kedudukan 35 batu nautika barat daya Pulau Kendi.

Menurut beliau, pemeriksaan awal mendapati vesel berkenaan dipercayai sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran sah.


“Vesel tersebut dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berusia antara 32 hingga 52 tahun dan kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ketika diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam kejadian berasingan, Muhammad Suffi berkata, sebuah lagi vesel nelayan asing Indonesia ditahan pada 6 Februari lalu selepas dikesan menjalankan aktiviti perikanan di perairan negara.

“Vesel terbabit dikendalikan oleh lima kru warga Indonesia berusia antara 19 hingga 34 tahun dan mereka juga gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia serta Akta Imigresen 1956/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Semua kru dan vesel terlibat telah ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Pulau Pinang sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang,” jelasnya.

Tambah beliau, Maritim Pulau Pinang akan terus mempergiat rondaan dan penguatkuasaan menggunakan pelbagai aset laut bagi membanteras pencerobohan serta sebarang salah laku di perairan negeri ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan aktiviti jenayah atau insiden di laut boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 011-3660 0145 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” tambahnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/767582/berita/semasa/dua-vesel-nelayan-indonesia-ditahan-10-kru-dicekup


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2026 06:53 PM | Show all posts

Dua buah vesel Indonesia ditahan dipercayai sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran sah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.250864 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list