CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22164|Reply: 0

[Sarawak] Wanita warga emas dikenakan bon enam bulan kerana memandu secara bahaya dan provokasi pemandu lain

[Copy link]
Post time 10-2-2026 01:54 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Wanita warga emas diperintahkan bon berkelakuan baik selama enam bulan oleh Mahkamah Majistret, kerana memandu secara berbahaya hingga hampir melanggar kenderaan orang lain dan membuat provokasi.

Teo Bong Chee, 75, mengangguk faham sebaik sahaja pertuduhan di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah (CPC) dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Menurut fakta kes, pada 23 Januari lalu, sekitar jam 10.16 pagi, pengadu sedang memandu Perodua Bezza di Jalan Batu Kawa.

Namun, secara tiba-tiba sebuah Proton Pesona yang dipandu seorang wanita warga emas telah memintas dengan cara berbahaya serta hampir melanggar kenderaan pengadu.

Pengadu yang panik lalu membunyikan hon kepada kenderaan tertuduh.

Susulan itu, semasa tiba di lampu isyarat, tertuduh keluar dari kenderaannya lalu menjerit-jerit kepada pengadu.

Tertuduh berkata dengan sombong bahawa dia mengenali ramai pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) dan menyuruh pengadu berhati-hati.

Ketika lampu isyarat bertukar warna hijau, tertuduh memecut kenderaannya dan membuat provokasi sehingga hampir melanggar kereta pengadu.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati, kejadian berlaku hanya salah faham trafik antara mereka dan tiada kesalahan jenayah dikesan serta tiada kemalangan atau kerosakan harta benda.

Oleh itu, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan bon berkelakuan baik selama enam bulan dengan jaminan RM2,000 (tanpa deposit) beserta seorang penjamin tempatan.

Bon dikenakan ke atas tertuduh supaya dia tidak mengulangi kesalahan yang sama dan memastikan dia menjaga keamanan dan berkelakuan baik pada masa akan datang.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurshafiqa Nyaie Ilin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.762541 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list