|
View: 12572|Reply: 12
|
Tak sampai 24jam, baki Sara tinggal 0 - “Selesai tebus Sara ‘one-off’ pakai MyKad"
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Tak sampai 24 jam RM100 dikreditkan terus ke MyKad penerima berumur 18 tahun ke atas hari ini, ramai berkongsi telah tebus sepenuhnya Sumbangan Asas Rahmah (Sara) hari ini.
Di Facebook, ramai pengguna memuat naik gambar resit dan barangan pembelian masing-masing ketika menebus Sara di pasar raya serta kedai runcit terpilih.
Selain itu, mereka juga lebih teruja berbelanja selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kategori tambahan iaitu barangan sejuk beku di bawah iniasiatif Sara yang telah diperluaskan termasuklah penambahan kedai runcit kecil kepada 10,000 menjelang hujung tahun ini.
“Selesai tebus Sara ‘one-off’ pakai MyKad. Awal menebus sebab tak banyak orang dekat kawasan saya sini, syukurlah. Ini kali kedua dan tahun kedua pernah menerima bantuan ini,” kata Qiu NC.
“Tebus sara dekat Speedmart je mudah. Tak sesak dengan orang ramai lagi tebus RM100. Terima kasih Kerajaan Madani,” kata Umi Ain.
“Alang-alang boleh boleh barang sejuk beku, terus claim (tebus) dua IC (MyKad) dengan suami. Gaji bulan ni boleh belanja baju raya. Barang dapur guna Sara, alhamdulillah,” kata Azrina.
Sementara itu, pengguna Rara Mekra memuat naik gambar memaparkan orang ramai berbaris di kaunter Sara di sebuah pasar raya.
“Ramainya orang. Agak-agak pergi tebus Sara ke apa,” katanya.
Tinjauan Kosmo! di sebuah pasar raya di Setapak, di sini mendapati, sebanyak enam kaunter penebusan Sara dibuka penuh dengan barisan orang ramai pada petang ini.
Orang ramai boleh menebus Sara bermula 9 Februari hingga 31 Disember 2026.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kwn kata kt speedmart smlm ramai org
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So dah dua taun ada Sara for all. Next Pm pun kena teruskan la ye. Tak bley sakau for self. Hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi la every month hihi. m40 tersakiti nak gak merasa duit2 extra ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Owh dah boleh tebus ye.... Patut le dok naik sgt senarai produk baru yg boleh beli. Aiol suka sgt kali ni blh dpt jenis2 protein juga walaupun yg sejuk beku punya. Tqtq |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kira sme la time najib dedak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...
level2 b40 je weh boleh rasa bulan2..
yang M40 ni dapat rasa setahun sekali seratus tu cukupla..
btw last guna sampai bila? bln 12 gak ke?
biasa aku guna kat speedmart... time ujung2 bulan ke.. time tertinggal phone ke..
membantu la.. idokla aku nak ngabiskan sekaligus..
balik keje.. singgah gt mart.. beli roti sebungkus gomen belanja boleh buat sarapan seisi keluarga.
okayla tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Laki 100 bini 100 boleh la guna beli barang asas dapur. Utk persiapan puasa. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semalam dgr kat radio, ada sorg caller ni komplen kata patut sara ni boleh beli barang2 segar mcm ayam ikan sayur segala..sbb dia kata dia x bg anak2 dia mkn frozen/processed food, bg makan ayam/ikan jer..iols mcm "bij, ni duit tambahan kot..kalau sblm2 ni ko mampu beli ayam ikan segala nk bg anak ko mkn, means ko mampu la nk beli brg segar pun..ko just guna je la duit sara ni beli sabun ke, benda2 lain..mmg x reti bersyukur betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bc komen2 ,ada yg tukar dgn parent , sbb nk tunai rm100. Mcm2 la. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aippp
bukan semua b40 dpt siss
contoh: bujang gaji atas 2.5k but below 5k
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Tak sampai 24jam, baki Sara tinggal 0". Kenapa reporter letak tajuk camni? Dah nama bantuan of course la nak utilize utk kegunaan harian. Macam berdosa plak tinggalkan baki 0 |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|