CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29853|Reply: 21

“Arwah Pesan Suruh Saya Kuat Sebab Anak-Anak” - Balu Allahyarham Along Eyzendy

[Copy link]
Post time 9-2-2026 12:40 PM | Show all posts |Read mode





Balu kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy iaitu Hamidah Mohd Yatim berkata suaminya sering berpesan untuk kuat demi diri serta anak-anak seandainya dia tiada suatu hari nanti.

Memetik Harian Metro, Hamidah berkata arwah sering mengingatkan perkara itu setiap kali mahu keluar bekerja atau ke luar kawasan.

“Cuma. Along pesan suruh saya jadi kuat sebab ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau tak ada dia (Allahyarham). Macam mana-macam mana pun, ‘life must going on’ (hidup harus diteruskan)

“Jadi, kena kuat untuk anak-anak. Memang itu pesanan yang selalu Along titip dan ingatkan kepada saya. Sejak sebelum dia (arwah) sakit lagi. Macam itulah pesan dia.

“Mana-mana sebelum dia nak pergi pun, mesti dia ingatkan saya agar menjaga diri dan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Hamidah turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang hadir ketika pengebumian arwah suaminya.

“Allahyarham Along dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pada jam 9.30 pagi ini.

“Terima kasih pada semua yang datang dan mendoakan. Insya Allah, saya sabar dan akan kuat demi anak-anak,” katanya.

Sumber: Harian Metro,Rotikaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 02:34 PM | Show all posts
Maaf tanya sebenonya arwah sakit apa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 03:08 PM | Show all posts
Dia ni pelakon ke apa ek? Kenapa aku tgk dkt tiktok dia berniaga pulak
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 9-2-2026 02:34 PM
Maaf tanya sebenonya arwah sakit apa?

Buah pinggang tahap4@5,tp dia masuk hospital sb pendarahan dalam perut
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 03:27 PM | Show all posts
ainonymous replied at 9-2-2026 03:08 PM
Dia ni pelakon ke apa ek? Kenapa aku tgk dkt tiktok dia berniaga pulak

dulu arwah pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ainonymous replied at 9-2-2026 03:08 PM
Dia ni pelakon ke apa ek? Kenapa aku tgk dkt tiktok dia berniaga pulak

Pelakon.Dalam film sol soliden dia ada,khurafat tak silap filem ru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2026 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 9-2-2026 03:28 PM
Pelakon.Dalam film sol soliden dia ada,khurafat tak silap filem ru

Dalam KaRak pun dia berlakon .. dia niaga dgn bini dia kat dgn umah aku Semenyih ni .. okey jgak nasi lemak dia sedap... Selalu kalau g kui 8 dh habis dh .. kejap je sold out
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Besau dari bapak anak jantan dia.. Dah besau2 mcm ni tolong la jaga mak tu dgn adik2 dgn baik.. Rajin2 tolong mak meniaga..

Nasihat mcm la adik tu baca.. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2026 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bambimbom at 9-2-2026 10:35 PM

Al fatihah utk arwah.. Semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yg beriman
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2026 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah wa inna ilaihi rojiouunn.
Salam takziah utk keluarga arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa innaa ilaihi raajiuun
Wife pun tinggal sebelah je kan buah pinggangnya dah derma sebelah dkt dia. Kesian le pula bila jd gini
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 06:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chandrahusin at 11-2-2026 06:44 AM

Padam komen
Salah org
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 11-2-2026 06:00 AM
Arwah byk je berlakon dulu
Lps tu dia kawin dgn adik Zizie Zulkifly
Anak kepada pelakon lama

Ehhh yg kawin dgn adik zizie tu, org lain. Nama apa tah tp tagline dia “apa togg” ke apa tu. Laki tu muka bulat2 rendang2 gitu, x arwah ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
nazriatie replied at 11-2-2026 06:03 AM
Ehhh yg kawin dgn adik zizie tu, org lain. Nama apa tah tp tagline dia “apa togg” ke apa tu. Lak ...

Alamak
Aku padam komen.. tq!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ainonymous replied at 9-2-2026 03:08 PM
Dia ni pelakon ke apa ek? Kenapa aku tgk dkt tiktok dia berniaga pulak

Lepas dia sakit teruk .. pulih sket dia dh x berlakon . .. so dia berniaga dkt umah aku ni ... Taman Pelangi Semenyih... Okey jgak selalu habis awal
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila tgk apa2 video yg ada dia selama ni, mmg muka dia pucat je. Tapi selagi hayat dikandung badan, tetap cari rezeki. Tak meminta2 wpun jual nasi lemak atau live TikTok sekalipun.

Berakhir la kesakitan dia kat dunia ni.
Semoga dengan sikap tanggung jawab dia cari rezeki dan segala kesakitan dia tanggung selama ni ni dapat mudahkan urusan dia di alam kubur dan akhirat nanti. Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2026 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 11-2-2026 08:56 AM
Bila tgk apa2 video yg ada dia selama ni, mmg muka dia pucat je. Tapi selagi hayat dikandung badan,  ...

Aamiin ya Rabb.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Shayang at 11-2-2026 10:44 AM
bambimbom replied at 9-2-2026 10:34 PM
Besau dari bapak anak jantan dia.. Dah besau2 mcm ni tolong la jaga mak tu dgn adik2 dgn baik.. Raji ...


Anak arwah ni tak silap dah abis SPM atau tahun ni baru nk amik SPM sbb dia ada sebut tentang ayah dia janji nak teman dia amik result SPM nnt.
Budak ni pun ada bakat dalam main alat muzik trompet mcm arwah dan belajar kat sekolah seni KL ni yg aku nampak kat TT anak dia tu la kat bio dia ada tulis ssemkl.
Moga terus berjaya laa nampak anak2 dia pun berjurus belaka. TT pun jenis jarang update.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Duta lover replied at 11-2-2026 08:56 AM
Bila tgk apa2 video yg ada dia selama ni, mmg muka dia pucat je. Tapi selagi hayat dikandung badan,  ...


Betul sbb tu aku ada soft spot ngan dia. Masa mula2 dia kena dialisis lepas 2 bln dia baru bgtau produksi tu pn sbb dia risau kalau kena shooting luar kawasan yg takde tmpt utk dia buat dialisis.
Bkn sebab dia takmo dh berlakon ke apa. Dia masih nak kerja sedaya mampu yg blh. Hari takda shooting dia jual nasi lemak.
Bln 12 tu dia dah masuk hosp Selayang pasang stent kat hempedu tu, ada netizen yg duk sebelah katil dia cerita, abang tu pun buat prosedur yg sama juga.
Tak sempat nak berbual kt hosp sebab memasing tgh sakit dan mamai ngn ubat bius bagai.
Hujung bln lepas masuk balik hosptal sbb ada jangkitan plak kat stent tu hinggala dia meninggal akhirnya.
Dia berjuang habis-habisan utk teruskan hidup. Isteri dia pun buat sedaya yg blh sampai dermakan sebelah buah pinggang utk dia walau kesudahannya organ tu dibawa pergi bersama jasad suaminya.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2026 11:20 AM | Show all posts
Shayang replied at 11-2-2026 10:40 AM
Anak arwah ni tak silap dah abis SPM atau tahun ni baru nk amik SPM sbb dia ada sebut tentang ayah ...

Anak dia satu skolah gan anak iols, tahun ni amik spm, eyman amik seni muzik.
rasa macam penah nampak arwah kat sekolah dulu,
ramai sgt retis sekolah ni sampai iols malas nak kesah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 04:32 PM GMT+8 , Processed in 2.101081 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list