CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15390|Reply: 0

[Sabah] Durian merah berpotensi jadi produk makanan, agropelancongan baharu Sabah

[Copy link]
Post time 9-2-2026 07:54 AM | Show all posts |Read mode


MASIUNG

TONGOD: Durian merah bukan sekadar buah eksotik bernilai tinggi, malah berpotensi diketengahkan sebagai produk makanan dan agropelancongan baharu di Sabah jika dibangunkan secara sistematik menggunakan teknologi pertanian moden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, mencadangkan agar Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) menjalankan kajian khusus terhadap varieti durian merah, termasuk penggunaan teknologi agronomi terkini bagi menghasilkan bibit berkualiti tinggi.

Katanya, teknologi moden berupaya menghasilkan pokok durian merah yang lebih rendang dan rendah berbanding tanaman tradisional sedia ada, sekali gus memudahkan penjagaan serta penuaian buah.

“Durian merah ini bukan sahaja unik dari segi warna dan rasa, malah menjadi makanan tradisi masyarakat Sungai di Tongod, Kinabatangan, Telupid dan Beluran.

“Kelazatannya sudah lama dikenali dan kini menjadi buruan pencinta durian bukan sahaja di Sabah, malah Sarawak,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Masiung berkata, isi durian merah lazimnya ditumis bersama perisa tertentu bagi menghasilkan ‘sambal durian merah’ yang popular di daerah utara Sabah dan berpotensi besar menembusi pasaran makanan di peringkat Asia.



PRODUK: Durian merah yang berpotensi jadi produk makanan di Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi Kumpulan SEDCO, menggesa MAFFI menjalankan kajian cantuman agronomi baharu supaya durian merah dapat dipromosikan sebagai tanaman domestik dalam industri pertanian negeri ini.

“Saya yakin Menteri MAFFI, Datuk Jamawi Jaafar yang berpengalaman luas dalam industri pertanian berasaskan durian, mampu mengetengahkan varieti durian merah sebagai tanaman hala tuju moden Sabah,” katanya.

Menurutnya, sekiranya durian merah dibangunkan sebagai tanaman utama, pengeluaran buah akan meningkat dan pasaran dapat diperluaskan secara lebih menyeluruh.

“Durian merah adalah tanaman warisan bermusim yang unik kerana buahnya tidak luruh walaupun sudah matang, sebaliknya perlu dipetik secara manual oleh penduduk tempatan yang mahir memanjat pokok tinggi.

“Pokoknya besar dan tinggi, namun hasilnya sangat memberangsangkan, sehingga 200 biji sepokok. Rasanya pula lemak manis dengan kandungan gula yang rendah,” katanya.

Beliau percaya, keunikan rasa, kaedah penyediaan tradisional serta ciri pokok durian merah menjadikannya berpotensi besar untuk dibangunkan sebagai produk agropelancongan baharu yang mampu menarik pelancong tempatan dan antarabangsa.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.152545 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list