CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49391|Reply: 1

[Pulau Pinang] Warga Indonesia maut, lori simen dipandu jatuh tebing

[Copy link]
Post time 8-2-2026 02:13 AM | Show all posts |Read mode
Warga Indonesia maut, lori simen dipandu jatuh tebing

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 6, 2026 @ 2:54pm





GEORGETOWN: Lelaki warga Indonesia maut selepas lori simen dipandunya hilang kawalan sebelum terjunam dari tebing setinggi hampir lima meter di tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini.

Lori dipandu mangsa didakwa dalam keadaan mengundur sebelum terjunam dari tebing itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A'azelan Hassan, berkata panggilan diterima pihaknya pada jam 11.29 pagi dengan operasi dibantu pasukan dari BBP Lebuh Pantai.

"Maklumat awal di lokasi mendapati mangsa yang juga lelaki warga Indonesia tersepit di tempat duduk pemandu," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.

A'azelan berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran mengeluarkan mangsa berikutan kedudukan bahagian pemandu yang terhempas ke tanah.

"Pasukan penyelamat mengambil masa selama enam minit selepas mengenal pasti akses bagi mengeluarkan mangsa.

"Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi dan identiti mangsa belum dikenal pasti," katanya.




Anggota bomba mengeluarkan mayat lelaki warga Indonesia selepas lori simen dipandunya terjunam di tapak pembinaan berhampiran Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini. - Foto NSTP/Zuhainy Zulkiffli






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2026 02:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 08:33 PM GMT+8 , Processed in 1.885493 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list