CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 19291|Reply: 0

[Sarawak] Guna media sosial secara beretika, bukan untuk serangan peribad

[Copy link]
Post time 7-2-2026 01:57 PM | Show all posts |Read mode


Ling (lapan dari kanan) merakam kenangan bersama warga media dan tetamu jemputan yang lain pada majlis makan malam bersama media di Sibu, malam tadi.

SIBU: Media sosial tidak wajar disalahgunakan sebagai senjata untuk menyerang individu, sebaliknya perlu dimanfaatkan secara beretika bagi menyebarkan maklumat dan mesej yang positif kepada masyarakat.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling, berkata peranan warga media pada masa kini amat penting dalam membimbing masyarakat, khususnya netizen, agar menggunakan media sosial secara bertanggungjawab.

“Pada hari ini, media sosial bukan lagi sekadar medium penyampaian maklumat, malah telah menjadi alat yang boleh disalahgunakan untuk membalas dendam terhadap seseorang.

“Keadaan ini amat membimbangkan kerana ia boleh membawa kesan buruk kepada individu yang menjadi sasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Bersama Media di Sibu sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Hotel Paramount di sini pada malam tadi.

Tambah beliau, penyalahgunaan media sosial sebagai senjata serangan peribadi perlu dihentikan kerana ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat serta memberi kesan serius terhadap kesihatan mental mangsa.

“Baru-baru ini, saya melihat satu kes di mana seseorang diviralkan melalui klip video di media sosial sehingga menerima kecaman melampau daripada netizen, bukan sahaja melalui mesej yang tidak baik, malah ada yang bertindak menghubungi serta mengganggu keluarganya.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru media arus perdana agar memainkan peranan lebih aktif dalam mendidik masyarakat serta menyebarkan kandungan media sosial yang betul dan beretika.

“Sebagai media arus perdana, peranan anda amat besar dalam membimbing penggunaan media sosial yang bertanggungjawab. Jangan salah gunakan platform ini sehingga memberi tekanan mental kepada individu tertentu.

“Individu yang menjadi mangsa kecaman siber sering berdepan ketakutan, trauma dan tekanan emosi, malah ada yang tidak berani keluar berhadapan dengan masyarakat kerana merasakan diri mereka telah dikenali akibat ditularkan,” katanya.

Sementara itu, majlis dihadiri kira-kira 30 pengamal media di Sibu yang terdiri daripada pelbagai agensi iaitu Utusan Borneo, The Borneo Post, See Hua Daily, Sin Chew Daily, RTM, Utusan Sarawak, BERNAMA dan lain-lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2026 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.162451 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list