|
Sungai Petani: Seorang pendakwah terkenal direman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana sebuah pusat pengajian agama terkemuka Perintah reman selama satu hari dibenarkan Majistret Noor Fadlina Musa selepas mendapat permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Difahamkan pendakwa yang juga pengasas sebuah pusat pengajian agama terkemuka di daerah Kuala Muda ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani semalam. Sebelum ini, pendakwa terbabit pernah disiasat SPRM berhubung tuduhan mengutip dana awam dan melakukan penyelewengan kutipan derma bagi kegunaan peribadi. Beliau dikatakan bertindak mengambil sejumlah komisyen dalam kutipan derma bagi membeli pelbagai aset dan kenderaan mewah. Kenyataan rasmi berhubung perintah reman terbabit dijangka dikeluarkan pihak SPRM Putrajaya.
|