|
View: 22654|Reply: 7
|
Anjing parah kulit kena siat, Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) gesa saksi jangan ‘diam’
[Copy link]
|
|
|
PETALING JAYA – Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai seekor anjing yang ‘disiat’ kulitnya di seluruh badan supaya tampil bagi membantu siasatan.
SAFM mendedahkan, haiwan itu ditemukan orang awam dalam keadaan cedera parah di Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Anjing itu masih hidup dan memerlukan rawatan segera. Haiwan tersebut kemudian dibawa ke klinik bagi mendapatkan rawatan,” katanya.
SAFM turut membantu individu berkenaan membuat laporan polis dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 29, Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang bertujuan melindungi haiwan daripada sebarang bentuk penderaan dan kekejaman.
“Insiden ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap tahap kebajikan haiwan dalam komuniti dan menegaskan keperluan tindakan bersama,” kata kenyataan itu.
SAFM menyeru orang awam agar tidak berdiam diri terhadap sebarang bentuk penderaan haiwan.
“Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian, mempunyai maklumat, bukti atau rakaman berkaitan diminta untuk tampil membantu siasatan pihak berkuasa.
“Tindakan orang awam adalah penting bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan penderaan haiwan dihentikan,” tambahnya.
Sumber - KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Putting them to sleep was the kindest option. Siksa kalau hidup pun, and nak rawat after care tu... nanti nak buka tabung bagai... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapaaaa la jahat sangat perangai. Patut manusia ni pupus je dari muka bumi. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan Papagomo kata sekarang banyak false flag nak alihkan isu.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 6-2-2026 05:43 PM
Kan Papagomo kata sekarang banyak false flag nak alihkan isu..
Isu mana? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejam nya...  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 6-2-2026 05:47 PM
Isu mana?
Isu sedekah tanah kat Indon, isu perjanjian Trump, isu dah hilang sapot & macam2 lagi katenye.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 6-2-2026 06:45 PM
Isu sedekah tanah kat Indon, isu perjanjian Trump, isu dah hilang sapot & macam2 lagi katenye..
Iols pun tatau semua ni.. ada masuk CI? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|