
Dr Abdul Rahman bersama tetamu lain pada majlis penyampaian Sumbangan MIS Kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2026M/1447H hari ini.
KUCHING: Zakat fitrah di Sarawak bagi tahun ini ditetapkan pada kadar RM7.50 seorang, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) itu berkata, penetapan kadar berkenaan adalah sama seperti tahun lalu.
“Zakat bukan sahaja berperanan menyucikan jiwa, malah memastikan kebajikan golongan asnaf dan mereka yang memerlukan terus terpelihara agar dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih sempurna,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Sumbangan Majlis Islam Sarawak (MIS) kepada Masjid, Surau dan Tanah Perkuburan Islam Tahun 2026M/1447H di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman menyeru umat Islam supaya menunaikan kewajipan zakat fitrah masing-masing dengan sebaiknya dan menyalurkan pembayaran melalui saluran yang sah dan diiktiraf oleh MIS.
Umat Islam di Malaysia dijangka memulakan ibadah puasa sempena bulan Ramadan pada Khamis, 19 Februari ini.
Sumber : Utusan Borneo
|