CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 23989|Reply: 0

[Pulau Pinang] 5 hektar hutan dekat Taman Botani terbakar, bomba kurang sumber air

[Copy link]
Post time 4-2-2026 10:05 PM | Show all posts |Read mode
5 hektar hutan dekat Taman Botani terbakar, bomba kurang sumber air

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





KAWASAN hutan berhampiran Taman Botani Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga di sini, yang terbakar. FOTO Ihsan JBPM




Georgetown: Kawasan hutan seluas kira-kira lima hektar berhampiran Taman Botani Pulau Pinang, Jalan Kebun Bunga di sini, dilaporkan terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 6.24 petang.

Katanya, pada masa ini, seramai 19 anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dan BBP Paya Terubong sedang berusaha mengawal api daripada terus merebak.

"Komander Operasi bertindak menjalankan pemantauan di lokasi tugas pemadaman api masih berlangsung dengan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran," katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, berikutan kejadian berlaku di kawasan berbukit, pasukan bomba menghadapi kesukaran mendapatkan sumber air.

"Kita perlukan lori tangki muatan air bersaiz kecil.

"Perancangan kita ialah bagi melakukan teknik mengepam air menggunakan kaedah 'relay pumping' bagi menghantar air dari sumber yang jauh ke lokasi kebakaran selain menggunakan sumber takungan air (water dam)," katanya.

Difahamkan, kebakaran itu berlaku berhampiran laluan kenderaan pacuan empat roda bagi ke Puncak Bukit Bendera.

Dalam kenyataan kelmarin, John dilaporkan berkata, secara kumulatif sejak 1 Januari lalu, Pulau Pinang merekodkan sejumlah 234 kes kebakaran belukar, lalang dan 67 kes kebakaran sampah.



Disiarkan pada: Februari 4, 2026 @ 9:53pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1319010/5-hektar-hutan-dekat-taman-botani-terbakar-bomba-kurang-sumber-air




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 21166 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 27277 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26372 Replies : 16
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40440 Replies : 395
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 12:24 PM GMT+8 , Processed in 2.186832 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list