|
View: 14152|Reply: 10
|
[Jenayah]
Klinik kecantikan ‘haram’ Bukit Bintang diserbu
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR – Sebuah klinik kecantikan di Bukit Bintang yang dipercayai menjalankan rawatan tanpa kebenaran sejak setahun lalu sehingga meraih keuntungan ratusan ribu ringgit, diserbu Jabatan Imigresen (JIM) semalam.
Dalam operasi penguatkuasaan ‘Ops Dandan’ itu, seramai 18 warga asing diperiksa manakala 15 daripadanya ditahan hasil aduan orang awam.
Ketua Pengarah JIM, Datuk Zakaria Shaaban berkata, modus operandi klinik ini adalah menawarkan perkhidmatan rawatan muka dan badan dengan menggunakan khidmat warga asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan prosedur kecantikan
Menurutnya, klinik yang disyaki tidak mempunyai lesen Kementerian Kesihatan ini dipercayai dimiliki oleh seorang warga China yang turut menyalahgunakan pas.
“Antara yang ditahan ialah enam lelaki dan tujuh perempuan warga China serta dua wanita warga Myanmar kerana disyaki menjalankan rawatan kecantikan tanpa kebenaran dan tidak memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.
“Siasatan awal mendapati warga China yang ditahan telah menyalahguna PLS untuk bekerja di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Zakaria, pasukan operasi menyita beberapa pakaian uniform, telefon bimbit, komputer riba, kamera litar tertutup, lesen perniagaan dan lain-lain dokumen berkaitan syarikat.
Ujarnya, kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Sek. 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dibawa ke Pejabat JIM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpir untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, seramai tiga warga tempatan yang merupakan pekerja di klinik tersebut diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.
“Jabatan akan meneruskan tindakan tegas bagi membanteras apa jua aktiviti yang melanggar undang-undang negara. Masyarakat turut diingatkan agar tidak melindungi atau membantu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.
“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus melalui saluran aduan rasmi JIM demi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pas Lawatan sosial banyak disalahguna warga asing sebagai PAS pelacuran sementara..... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
apa la nk jadi.. mudah je diorg nk niaga... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Mesti jumlah pelancong semakin ramai 2026. Bangga kerajaan Madani. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk mcm tak lawa beautician dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-2-2026 09:24 PM
Nmpk mcm tak lawa beautician dia.
Ye, macam berkerak.
Sepatutnya rawat staff dahulu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat plak aku ada stu tiktok ni die interview pelajar asing ni tapi bukan dari China. pelajar tu ckp yg tak best psl Malaysia ni sbb tak boleh bekerja. dia ada pas belajar je. kaw kaw kena kutuk ngan Malaysian dalam komen tu |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Apsal aiol tgk beautician dia pun tak cukup lawa utk rawat org. Nampak bambam pendek dan kengkang je tak mcm dlm drama2 yg selayaknya menyelerakan utk kita gi tadah diri utk buat rawatan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 5-2-2026 09:24 PM
Nmpk mcm tak lawa beautician dia.
Macamana customer boleh yakin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 5-2-2026 06:39 AM
Mesti jumlah pelancong semakin ramai 2026. Bangga kerajaan Madani.
pelancong ke...penipu,pelacur???? |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|