CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17125|Reply: 0

[Kedah] Maut ditikam: Zaharullail sudah buat persiapan, nikah 13 Februari depan - Ibu tiri

[Copy link]
Post time 2-2-2026 09:47 PM | Show all posts |Read mode
Maut ditikam: Zaharullail sudah buat persiapan, nikah 13 Februari depan - Ibu tiri

Zuliaty Zulkiffli[email protected]





Norsiah Yahya menunjukkan gambar Allahyarham Zaharullail Basir. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Alor Setar: "Arwah sudah membuat persiapan untuk bernikah kali kedua pada 13 Februari depan dan majlis perkahwinan akan diadakan keesokan hari yang dibuat sekali dengan pertunangan adik perempuannya.

"Sebab itu mak cik terkejut bila dapat tahu arwah mati dibunuh kira-kira jam 9 pagi tadi.

Mak cik memang sedih sebab arwah memang anak yang baik," kata Norsiah Yahya, 66.

Norsiah adalah ibu tiri kepada eksekutif operasi bank,Zaharullail Basir, 52, yang ditemui mati ditikam di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di sini, hari ini.

Menurutnya, arwah mempunyai enam anak berusia antara lapan hingga 28 tahun dan ketika kejadian hanya tiga anak mangsa berada di rumah.

"Apa yang mak cik tahu, pagi tadi anak sulungnya yang berusia 28 tahun itu pulang ke rumah sekitar jam 4 pagi dan ketika itu, anak mangsa yang keempat membuka pintu rumah sebelum masuk semula ke biliknya untuk sambung tidur.

"Pagi tadi baru mereka perasan yang ibu mereka sudah tiada dan dipercayai dibunuh sebelum menghubungi polis manakala abang sulung mereka pula sudah tiada.

"Kami cuba menghubungi anak sulung arwah itu berkali-kali tetapi sampai sekarang tidak dijawab," katanya ketika ditemui di rumah mangsa.

Norsiah berkata, dia yang mengetahui mengenai kejadian, bergegas dari rumahnya di Teluk Intan, Perak bersama suaminya, Basir Kosot, 70, dan tiga anaknya yang lain datang ke sini.

Katanya, kali terakhir arwah pulang ke Teluk Intan minggu lalu bersama dua anaknya yang berusia lapan dan 13 tahun untuk menghantar borang pernikahan di pejabat agama.

"Bakal suami arwah juga mak cik pernah jumpa dua kali untuk berbincang mengenai perkahwinan mereka.

"Suami mak cik terima panggilan jam 9 pagi tadi memaklumkan arwah sudah tiada, kami memang terkejut.

"Anak arwah yang lain mak cik belum jumpa lagi sebab mereka masih di hospital bersama jenazah ibu mereka," katanya.

Norsiah berkata, ketika Zaharullail pulang ke kampung dia kelihatan sangat gembira kerana akan berkahwin kali kedua selepas beberapa tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Katanya, arwah memang suka makan masakan yang dimasaknya jika pulang ke Teluk Intan.

"Apa yang makcik masak, dia akan makan dengan berselera.

Walaupun mak cik cuma ibu tiri, tapi mak cik sayang sangat dia macam anak kandung sendiri.

"Cucu pula seorang yang baik dan pendiam tetapi tidak tahulah apa yang berlaku dan jika benar dia yang melakukannya, biarlah polis siasat sebab kami tak tahu cerita sebenar kejadian," katanya.

Norsiah berkata, mereka masih berbincang sama ada jenazah arwah dikebumikan di Teluk Intan atau di sini.

Sementara itu, adik arwah, Zuraini Basir, 47, berkata, kakaknya seorang yang baik dan ketika mereka kecil, arwah yang banyak berkorban mencari wang untuk sekolahkan mereka.

Katanya, dia paling rapat dengan arwah tetapi sejak akhir-akhir ini, dia tidak pernah bercerita mengenai anak-anaknya.

"Memang sedih la dia sudah tiada dan masa dia beritahu mahu kahwin dengan rakan lamanya, kami restuinya, " katanya.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita ditemukan meninggal dunia dengan tiga kesan tikaman pada badan di rumahnya di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Zaharullail Basir, 52, bekerja sebagai eksekutif operasi di sebuah bank di di sini.



Disiarkan pada: Februari 2, 2026 @ 6:58pm

https://www.hmetro.com.my/utama/2026/02/1318283/maut-ditikam-zaharullail-sudah-buat-persiapan-nikah-13-februari-depan-ibu-tiri




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.774537 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list