CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18647|Reply: 0

[Kedah] Mengadu dibuli kepada menteri: Polis kenal pasti kanak-kanak dan ibu bapa terbabit

[Copy link]
Post time 2-2-2026 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Mengadu dibuli kepada menteri: Polis kenal pasti kanak-kanak dan ibu bapa terbabit

BERNAMA





KETUA Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah. FOTO Bernama



Alor Setar: Polis tidak menerima laporan berhubung dakwaan seorang murid sekolah di Kulim menjadi mangsa buli tahun lalu.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah bagaimanapun berkata, polis sudah mengenal pasti kanak-kanak dipercayai terbabit termasuk ibu bapa mereka.

"Polis sudah mengenal pasti dan memanggil dua suspek (kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ketika kejadian) dan mangsa yang kini berusia 12 tahun.

"Siasatan dijalankan dan tindakan turut diambil bagi memastikan kejadian buli tidak berulang," katanya di sini hari ini.

Adzli berkata, siasatan mendapati tiada kesan kecederaan fizikal terhadap mangsa namun pihaknya tetap menyokong proses pemulihan dan kaunseling kerana dikesan mengalami trauma.

Selain itu, beliau berkata, polis hadir ke sekolah memberi taklimat keselamatan dan pendedahan kepada murid bagi mencegah buli pada masa hadapan.

Terdahulu, satu video berdurasi 54 saat tular di media sosial memaparkan Adzli turut serta dalam program turun padang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat sebuah rumah di Labu Besar, Kulim.

Dalam kunjungan itu, Saifuddin Nasution dilihat menyantuni seorang kanak-kanak lelaki 12 tahun yang pada mulanya berdiam diri sebelum menceritakan takut ke sekolah kerana bimbang dibuli.



Disiarkan pada: Februari 2, 2026 @ 4:29pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1318241/mengadu-dibuli-kepada-menteri-polis-kenal-pasti-kanak-kanak-dan-ibu-bapa




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
kukuio98iuybhatt ji
Views : 1718 Replies : 0
bhatt ji ji
kuku7890dbhatt ji ji
Views : 1919 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40435 Replies : 394
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 20623 Replies : 24
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 19340 Replies : 16
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 13786 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44968 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12765 Replies : 219

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.047926 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list