|
View: 9769|Reply: 5
|
Warga asing 'keras kepala, terus berniaga walaupun diserbu berkali-kali - MPKS
[Copy link]
|
|
|
Shah Alam: Tidak ambil peduli dengan operasi dan tindakan yang pihak berkuasa lakukan berkali-kali.
Itu sikap 'keras kepala' warga asing di daerah Kuala Selangor yang masih berdegil dengan menjalankan pelbagai perniagaan.
Buktinya, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) semalam melaksanakan operasi bersepadu di sekitar Bandar Puncak Alam dan Saujana Utama dengan kerjasama pelbagai agensi.
"Sebanyak 12 premis diperiksa merangkumi premis gunting rambut, pusat cuci kenderaan, kedai karpet, kedai perabot serta kedai runcit dan makan.
"Hasil pemeriksaan, lapan premis didapati beroperasi manakala empat premis tidak beroperasi.
"Tindakan penguatkuasaan diambil ke atas lapan premis membabitkan penutupan premis, pengeluaran kompaun serta notis atas pelbagai kesalahan termasuk menjalankan perniagaan tanpa lesen, pelanggaran syarat lesen, kesalahan kebersihan, kesalahan iklan tanpa lesen dan ketidakpatuhan terhadap peruntukan undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan serta agensi berkaitan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
MPKS berkata, sebanyak 18 kompaun dan 11 notis dikeluarkan jabatan dan agensi terbabit.
Selain itu katanya, tindakan sitaan peralatan perniagaan turut dilakukan ke atas tiga premis membabitkan pelbagai peralatan perniagaan termasuk peralatan gunting rambut, peralatan cuci kenderaan dan peralatan penyediaan makanan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
keras kepala atas atau kepala bawah |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penguatkuasa kena juga KERAS KAPLA....hari2 buat kerja@hari serbu selama mana gaji jln. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
So? Nak suruh rakyat ke yg raid diorg pula?? Kalau dah pihak berkuasa bg alasan mcm tu mcm korang takde kuasa je.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Imigresen kena kutip la hanto balik negara ... Takpun hanto ke kedutaan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|