CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28803|Reply: 2

Dua bulan Instagram ‘kosong’, Zizie Izette kongsi video pertama

[Copy link]
Post time 26-1-2026 05:47 PM | Show all posts |Read mode





Hampir dua bulan Instagram dibiarkan kosong, bekas pelakon juga balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette kembali memuat naik video pertama membabitkan aktiviti lima anaknya.

Zizie atau nama lengkapnya Zizie Izette Abdul Samad, 48, berkongsi gelagat permata hatinya membakar biskut bagi projek kemasyarakatan (CSR) demi membantu insan memerlukan terutama anak yang kehilangan bapa.

“A little fun, a lot of heart (seronok sedikit, ada banyak hati @mini_izette_bites),” tulisnya pada ruangan kapsyen disertai emoji hati berwarna putih.

Katanya, aktiviti menyediakan biskut dengan anak-anaknya adalah antara cara menyuburkan sikap saling membantu, sekali gus meneruskan legasi arwah suaminya yang menjadikan sedekah sebagai amalan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji pendekatan dilakukannya dalam mendidik anak-anak sejak mereka kecil.

“Ya Allah, rahmati dan berkatilah pahala anak-anak yang baik ini,” kata seorang netizen.

“Daddy (arwah) mesti bangga dengan anak-anaknya,” tulis pemilik akaun Instagram lain.

Pada hantaran lain, Zizie tidak ketinggalan menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa memberi sokongan kepada keluarganya.

“Kami sudah menerima semua mesej anda. Terima kasih dari lubuk hati kami atas kasih sayang dan sokongan.

“Memandangkan kami masih baru, kami membalas satu persatu dengan perlahan,” ujarnya.

Terdahulu, tiga hari selepas pemergian suami, kakak kepada aktor Shaheizy Sam itu memadam kesemua status dalam Instagramnya yang mempunyai 1.1 juta pengikut, selain hanya sesekali
berkongsi perkembangan di InstaStory.

Suaminya juga Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah menghembuskan nafas terakhir akibat kegagalan buah pinggang serta jangkitan kuman pada 5 Disember tahun lalu.

Zizie dan Allahyarham Bung Moktar yang mendirikan rumah tangga pada 2009 dikurniakan lima cahaya mata.

Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 09:18 AM | Show all posts
bagus laa.. takmo sedey2..
besar kan lahh anak2 tu dgn sempurna.
kalau ada jodoh bleh kawen lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 10:07 AM | Show all posts
Sebaya ke semua? berapa kandung, berapa yang angkat? anak dia dua pasang kembar ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.294858 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list