CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16202|Reply: 2

[Dunia] Bodoh macam lembu? Mungkin tidak menurut kajian

[Copy link]
Post time 21-1-2026 07:50 PM | Show all posts |Read mode





Bodoh macam lembu? Mungkin tidak menurut kajian
VIENNA: Dengan menggunakan lidah yang kasar, panjang dan kuat, lembu betina Austria, Veronika mencapai berus penyental dan menggaru badannya.

Tingkah laku luar biasa itu, lapor agensi berita Jerman dpa, menarik minat ahli biologi di Austria yang kini mengatakan mereka membuktikan secara saintifik buat kali pertama bahawa lembu ternakan boleh menggunakan alatan untuk sesuatu tujuan.

Dalam kes Veronika, haiwan itu memasukkan objek panjang ke dalam mulut dan menggunakan objek tersebut untuk menggaru pelbagai bahagian badan, malah bahagian bawah badan.

Kebolehan kognitif haiwan ternakan sering dipandang remeh, menurut Alice Auersperg dan Antonio Osuna Mascaró dari Universiti Perubatan Veterinar di Vienna dalam kajian mereka, yang diterbitkan dalam jurnal "Current Biology" pada Isnin.

Dalam banyak bahasa, istilah 'lembu betina bodoh' ialah penghinaan untuk gadis dan wanita. Namun, Auersperg, yang berasal dari Bavaria, memberitahu dpa bahawa lembu betina bukanlah seperti itu.

Veronika tidak perlu menghasilkan susu dan tidak juga ditakdirkan untuk disembelih.
Ruminan itu hidup sebagai haiwan peliharaan dengan petani organik dan pembuat roti di wilayah Carinthia di selatan Austria.

Selepas Auersperg menerbitkan buku bertajuk "The Inventive Spirit of Animals" kira-kira setahun lepas, banyak orang memberitahunya tentang haiwan yang mempunyai kelakuan istimewa termasuklah menerima video Veronika.

Auersperg dan Osuna Mascaró kemudian merancang untuk mengkaji lebih lanjut mengenai lembu itu dan menguji kebolehannya secara eksperimen.

Kedua-dua ahli biologi itu juga menolak kemungkinan bahawa kelakuan Veronika ialah helah terlatih atau video yang dibuat dengan kecerdasan buatan (AI). – BERNAMA-dpa

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2026 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti ada yang ajar veronica guna brush... Dia hanya copy saja... Same rub body against walls/trees untuk relieve itching or sensory comfort...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2026 08:43 AM | Show all posts
Veronica will be the lembu makmal....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.144311 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list