CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 16073|Reply: 2

[Tempatan] Murid masuk Tahun 1 usia enam tahun satu langkah progresif, berpandangan jauh - Presiden PPP

[Copy link]
Post time 21-1-2026 07:29 PM | Show all posts |Read mode





Murid masuk Tahun 1 usia enam tahun satu langkah progresif, berpandangan jauh - Presiden PPPPresiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan. - Foto NSTP
KUALA LUMPUR: Keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) membenarkan kanak-kanak mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dilihat sebagai satu langkah progresif dan berpandangan jauh.

Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr Loga Bala Mohan, berkata keupayaan intelektual, kebolehan pembelajaran serta daya penyesuaian kanak-kanak hari ini sudah berkembang dengan ketara berbanding generasi terdahulu.

"Kanak-kanak kini mampu menangkap, memproses dan menyerap pelajaran dengan lebih pantas serta berkesan, hasil pendedahan awal kepada pendidikan, teknologi dan maklumat.

"Menerusi dasar baharu itu, murid yang memasuki Tahun Satu pada usia enam tahun berupaya menamatkan pendidikan menengah atas seawal usia 16 tahun.

"Langkah berkenaan selari dengan laluan pendidikan global dan membolehkan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi atau latihan kemahiran lebih awal, sekali gus memberi kelebihan daya saing pada masa depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, seiring dengan reformasi progresif itu, KPM wajar memansuhkan Kelas Peralihan yang dilaksanakan khususnya ke atas pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) bagi menguasai Bahasa Melayu.

"Bahasa Melayu ialah bahasa asas yang wajib dikuasai oleh semua rakyat Malaysia sejak usia awal.
Institusi prasekolah dan sekolah rendah perlu memainkan peranan penting serta proaktif bagi memastikan asas bahasa yang kukuh dibina dalam tempoh perkembangan kritikal kanak-kanak.

"Ibu bapa turut memikul tanggungjawab besar untuk menyokong usaha berkenaan dengan memastikan anak-anak didedahkan kepada Bahasa Melayu melalui kelas tambahan, penggunaan harian serta aktiviti berasaskan bahasa di rumah dan dalam komuniti.

"Pendekatan kolektif dan konsisten membabitkan sekolah, ibu bapa serta masyarakat amat penting bagi memperkukuh perpaduan nasional dan komunikasi berkesan dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Tambahnya, Kelas Peralihan bukan sahaja mewujudkan jurang akademik selama setahun, malah membazirkan masa dan sumber pendidikan tanpa jaminan pelajar benar-benar menguasai Bahasa Melayu melalui pengasingan.

"Lebih membimbangkan, kelas berkenaan gagal mencapai matlamat asalnya dan sebaliknya menimbulkan kesan psikologi serta emosi yang serius terhadap kanak-kanak.

"Pelajar yang ditempatkan dalam Kelas Peralihan sering dilabel sebagai lemah atau ketinggalan, sekali gus menjejaskan harga diri, keyakinan dan motivasi mereka pada usia perkembangan yang kritikal iaitu antara 12 hingga 13 tahun," katanya.

Menurut beliau, ramai pelajar berasa malu dan rendah diri apabila dipisahkan daripada rakan sebaya yang terus melangkah ke Tingkatan Satu.
"Penambahan setahun sebelum memasuki Tingkatan Satu turut melambatkan kemajuan akademik, tempoh tamat pengajian serta kemasukan ke institusi pengajian tinggi atau alam pekerjaan.

"Justeru, tiada kanak-kanak wajar dipaksa kehilangan setahun semata-mata akibat cabaran peralihan bahasa," katanya.
Katanya, kajian dan amalan terbaik peringkat global jelas menunjukkan penguasaan bahasa lebih berkesan melalui kaedah penghayatan bukannya pengasingan.

"Daripada mengasingkan pelajar, KPM seharusnya memperkukuh pengajaran Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah dan awal menengah menerusi sokongan bahasa intensif dalam kelas, program peralihan, strategi pengajaran berkesan serta intervensi bersasar.
"Penerusan Kelas Peralihan bercanggah dengan prinsip kesaksamaan dan keterangkuman pendidikan.

KPM perlu memastikan guru yang berkelayakan, kompeten dan berdedikasi ditempatkan bagi melaksanakan program bahasa berkualiti yang benar-benar meningkatkan keupayaan pelajar, bukannya meminggirkan mereka.

"Sistem pendidikan moden perlu bersifat inklusif, progresif dan berteraskan kebajikan kanak-kanak dengan memberi sokongan dalam arus perdana, bukannya mengekang kemajuan mereka," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2026 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandangan dari presiden parti progresif.


Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 21-1-2026 08:23 PM
Pandangan dari presiden parti progresif.

Semua jadi progresif


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031079 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list