|
View: 519|Reply: 12
|
‘Kiamat’ salji landa Russia, salji tebal lebih 5 meter timbus bangunan
[Copy link]
|
|
|
MOSCOW – Ribut saljI kuat dan berpanjangan yang bermula pada 12 Januari lalu melumpuhkan Semenanjung Kamchatka di Russia, dengan salji setebal 500 meter (16 kaki) dilaporkan di sesetengah kawasan.
Darurat di peringkat perbandaran dan daerah diisytiharkan bagi Petropavlovsk-Kamchatsky selepas dua orang terbunuh akibat runtuhan salji dari bumbung pada 15 Januari lalu.
Kamchatka kini sedang mengalami salah satu ribut salji paling dahsyat sejak beberapa dekad lalu.
Dalam tempoh 48 jam selepas ribut salji bermula pada 12 Januari lalu, bencana tersebut membawa kira-kira 52 peratus daripada purata taburan hujan dan salji bulanan.
Ribut kedua melanda semenanjung itu pada 14 Januari lalu, membawa lebih banyak salji dan angin kencang lebih 100 kilometer sejam.
Di Petropavlovsk-Kamchatsky, kedalaman salji adalah antara 0.5 hingga 1.33 meter (1.7–4.4 kaki), manakala kampung Sosnovka yang terletak berdekatan merekodkan salji setebal 1.63 meter (5.3 kaki).
Salji sedalam 5 meter (16 kaki) turut dilaporkan di beberapa kawasan lain.
Jumlah salji yang terkumpul di sebahagian kawasan di Kamchatka adalah menyamai taburan salji untuk tempoh lebih tiga bulan.
Kali terakhir salji setebal itu melanda adalah pada musim sejuk tahun 1997.
Timbunan salji kali ini mencapai ketinggian rumah dua tingkat, menimbus pintu masuk bangunan dan memerangkap kenderaan.
Penduduk terpaksa keluar dari rumah melalui tingkap tingkat satu atau menggali terowong merentasi benteng salji.
Datuk Bandar Petropavlovsk-Kamchatsky, Yevgeny Belyayev mengisytiharkan darurat bencana di seluruh bandar sejurus selepas kematian pertama dilaporkan pada 15 Januari lepas. – AGENSI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok pun dah rasa sejok |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
nie klu main sorok2 dlm salji mampos beku |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
yg duduk level paling bawah tu apa khabar? nak keluar pun tak boleh. tu kalo kebulur hadap je la ek |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP: Tengok pun dah rasa sejok
actually snow macam ni ok je tak terlalu sejuk pun...yg jadi sejuk bila berangin auto tangan rasa kebas
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tabur garam...mcm org jawa buat.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macam cerita day after tomorrow.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah terperangkap dalam hutan on icy road tak bawa chain masa tu I wished Tuhan panaskan jln 5 minute pun cukuplah untuk aku lepas jln curam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Angin Semenanjung Kamchatka selalu terbang ke Semenanjung Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salji 1 kaki pun jenuh nk melangkah..kaki cepat letih kecuali fitness tip top..bila salji dah kompak jadi licin pulak..sampai tergolek dibuatnya 
Tapi salji is safer than banjir la dr segi keselamatan..banjir ni sgt cepat, kalau leka boleh hanyut..barang dlm rumah, kereta semua habis rosak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-1-2026 03:47 PM
Angin Semenanjung Kamchatka selalu terbang ke Semenanjung Melayu.
Minggu lepas rasa sejuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|