CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 62|Reply: 0

[Johor] 'Terkejut tengok 3 kereta rosak, sengkuap rumah runtuh'

[Copy link]
Post time 20-1-2026 07:50 AM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN terbabas melanggar hingga hadapan rumah Mohamad Alif di Taman Permas Jaya. FOTO tular.

Johor Bahru: "Saya terkejut melihat tiga kereta termasuk dua milik jiran mengalami kerosakan selain sengkuap rumah sewa kami runtuh," kata Mohamad Alif Najzmee Mohamed Ramdzan Shah, 25.

Penduduk di Jalan Permas 1, Taman Permas Jaya itu berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 petang Isnin apabila sebuah kereta terbabas sebelum merempuh hadapan rumah sewanya.

Menurutnya, kejadian berlaku tidak lama selepas dia sekeluarga keluar rumah untuk membeli barangan kelengkapan sekolah anaknya.

"Nasib saya tergerak hati untuk keluar rumah pada 3.30 petang, sedangkan pada awalnya kami rancang keluar waktu malam.

"Setengah jam selepas keluar, dapat panggilan daripada rakan menyatakan ada kereta yang terbabas di hadapan rumah dan segera bergegas pulang.

"Sebaik tiba, ramai orang sudah berkumpul di hadapan rumah. Tak dapat bayangkan jika kejadian berlaku ketika kami berada di rumah kerana anak-anak biasa bermain di halaman," katanya.

Mohamad Alif berkata, meskipun hanya menghuni rumah sewa, kejadian itu meninggalkan kesan kepada dia sekeluarga selain jiran tetangga yang khuatir kejadian sama berulang.

"Laluan di hadapan rumah ini adalah antara laluan sibuk kerana antara laluan utama di sini. Sepatutnya ciri-ciri keselamatan jalan perlu ditingkatkan," katanya yang tidak pasti punca sebenar kereta terbabas hingga merempuh kediaman itu.

Dia berharap individu terbabit bertanggungjawab dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan bersesuaian bagi mengelak kejadian tidak diingini lagi.

"Saya membuat laporan polis di cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan dan difahamkan jiran turut membuat laporan polis," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.042117 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list