CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1167|Reply: 14

[Tempatan] Rentung Setelah Bawa Girlfriend Jumpa Family Sebelum CNY

[Copy link]
Post time 20-1-2026 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


KUBANG PASU: Identiti dua mangsa yang rentung dalam kemalangan di Plaza Tol Jitra arah utara, awal pagi hari ini dikenal pasti sebagai seorang lelaki yang juga peniaga dan kekasihnya.

Dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, mangsa, Pang Seng Ching, 20, dan teman wanitanya, Tan Hui Shan, 19, disahkan maut di tempat kejadian selepas kereta mereka dipercayai hilang kawalan lalu melanggar pembahagi lorong tol dan terbakar.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim berkata, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada selain kesan melecur di anggota badan.

“Siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic yang dipandu Seng Ching hilang kawalan ketika melalui kawasan plaza tol lalu melanggar pembahagi lorong tol. Keadaan jalan dan cuaca ketika kejadian adalah baik dan tiada kenderaan lain terlibat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, menurut salah seorang anggota keluarga Seng Ching yang enggan dikenali, mangsa dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang membawa teman wanitanya bertemu keluarga di Pauh, Perlis. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
1.15pagi... plaza tol yang terang benderang dengan lampu ko buleh hentam sampai terbakar.
Mengantuk atau mabok?
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 04:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:17 AM | Show all posts
meols suspect mabuk....yerlah bawa balik gf jumpa family, mesti ada sessi yamseng tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 09:28 AM | Show all posts
cctv mesti ada rekod kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2026 09:51 AM | Show all posts
Belum lagi Tahun Baru Cina (CNY). BTW, CNY adalah masa untuk memasang azam baru lepas perayaan tersebut di samping Hari Raya, Deepavali dan sambutan Hari Merdeka serta Hari Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu sgt lak skrg tgk kemalangan betul2 dkt plaza tol..
Mabuk ke kondisi kereta yg problem tu. Kalau disbbkan kereta kesian la juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2026 11:02 AM | Show all posts
takziah...takut mabuk atau heart attack
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 20-1-2026 07:18 PM


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina pun nak kawin cpt.. Ingat mulayu jahh
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya muda lagi baru nak kenal dunia.


Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mati dalam niat yang baik nak bina masjid
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
I sekadar nak tau.  Adakah taik lalat petanda malang dalam kepercayaan cina?  Jarang nampak yang bertaik lalat di muka.  Mungkin ramai dah buang?  
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2026 05:13 AM | Show all posts
kesian mereka
so much potential in their lives
bila tgk pic yg Tumpanglalu letak, rasa makin sedih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
'Daftar Tahun Satu usia enam tahun, 143 negara sudah guna pendekatan sama' - Nurul Izzah
Abahmung'Daftar Tahun Satu usia enam tahun,
Views : 23879 Replies : 6
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 22039 Replies : 32
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 21481 Replies : 6
Orang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Takkan Inggeris Hilang Di Dunia.
B40tastePoshOrang Inggeris Takut Hilang Di Dunia. Ta
Views : 2023 Replies : 8
...CHAT ABOUT HUMANITY...
seribulan...CHAT ABOUT HUMANITY...
Views : 13939 Replies : 2028
QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
ipes2QUEEN ELIZABETH II TELAH MANGKAT
Views : 17516 Replies : 148
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 4543 Replies : 17
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 24186 Replies : 8
30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Gadis Gen Z ini nak kahwin secara sederhana tapi kiciwa mak ayah nak majlis kahwin 'Grand'
YgBenar30k boleh bulan madu dekat Uzbekistan!Ga
Views : 25471 Replies : 2
travel to chicago
kukukufdd456yDdtravel to chicago
Views : 14651 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.588417 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list