CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 780|Reply: 14

[Jenayah] Disangka Peragut : Polis Serbu Rumah & Kasari Pemuda Tak Pasal2!

[Copy link]
Post time 18-1-2026 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ^CUN_GILA~. at 18-1-2026 10:05 PM

Dari laman web Kisah Dunia:
https://kisahdunia.com/disalah-anggap-sebagai-peragut-pemuda-dianiaya-polis-bibir-dicucuh-puntung/



Tanggal 15 November 2025 menjadi detik hitam dalam kehidupan seorang pemuda bernama Daniel, 20, apabila dirinya tiba-tiba dituduh sebagai suspek yang terlibat dalam sebuah kejadian ragut.  Pihak Daniel bersama peguam yang dilantik telah mengadakan sebuah sidang media dalam mendedahkan tentang perkara itu.

Polis ada tunjuk suspek dalam video, tapi semua tak sama dengan rupa Daniel

Sekitar jam 3.00 ke 4.00 petang, Daniel yang saat itu tinggal dengan datuknya di Banting, Selangor didatangi beberapa lelaki yang awalnya berkata mengalami kerosakan motosikal.  Rupanya, mereka adalah anggota polis yang bertugas di Balai Polis Puchong.  Tidak tahu menahu mengenai kejadian ragut yang disebutkan, Daniel terus dibawa masuk ke dalam rumah secara melulu, digari, kemudiannya berdepan pelbagai kekerasan fizikal.  Hatta setelah dibawa ke balai polis, Daniel terus dikasari dan dipaksa untuk mengaku bersalah atas jenayah yang tidak dilakukan.

Ketika dibawa ke rumah ibu, kepala dah benjol, bibir dicucuh puntung

Kemudian, Daniel dibawa pergi ke rumah ibunya pula atas tujuan mencari bukti.  Sepanjang proses ini berlangsung, Daniel berdepan aksi penganiayaan secara berulang-ulang daripada polis yang bertugas hingga menyebabkan pelbagai kecederaan.  Paling mengejutkan, pemetik api turut dihalakan ke 'anggota bawah' milik Daniel sehingga muncul bau bulu-bulu hangus.



"Lepas geledah barang di rumah ibu, mereka masih paksa Daniel mengaku.  Ini kesilapan identiti, namun kekerasan sudah berlaku dari awal.  Tindakan mereka (polis) telah dirakam oleh CCTV rumah datuk & ibu Daniel."

Dia minta saya tarik laporan, dia bagi tempoh berfikir sampai 12.00 malam

Dedah ibu Daniel pula, dia telah diminta untuk menggugurkan kes ini selain ditakut-takutkan dengan fakta kurang tepat.  Polis yang menjalankan perbincangan ketika itu berkata, Daniel kononnya boleh dipenjarakan selama 14 tahun tahun jika dia meneruskan tindakan lanjut.



"Polis cakap dengan saya supaya jangan percaya dengan peguam saya.  Dia bagi masa berfikir sampai 12.00 malam.  Dia cakap banyak kerja lain, nanti kena marah dengan orang atasan.  Ada cubaan nak tekan saya untuk bagi keputusan pada hari yang sama."

https://kisahdunia.com/disalah-a ... uh-puntung/#forward

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2026 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya kena saman.

Dulu pernah IO ke ape tah, pakai baju biasa, datang sekolah, gari budak dalam kelas. Oh weol marah walaupun budak tu memang salah.

1. Takda surat hitam putih pemakluman budak tu direman.

2. Tak jumpa pengetua/PK HEM. Tanya security mana kelas budak tu, terus pi gari dalam kelas. Kenot, KENOOOTTTT.

Budak umur 13 tahun.

Have some basic decency and common sense la PDRM, terutama pangkat kuli tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa bodoh sangat ni. Patut pun ramai polis level SPM je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Zirara99 replied at 18-1-2026 10:28 PM
Apa bodoh sangat ni. Patut pun ramai polis level SPM je.

Nak buek acaner.....yg ada ijazah dgn kepujian..mana la nak lari kejar penjahat....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 08:15 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 18-1-2026 10:10 PM
Selayaknya kena saman.

Dulu pernah IO ke ape tah, pakai baju biasa, datang sekolah, gari budak dala ...

wah, melampau.....
ko x maki ke polis tu.
cakap dah kena pindah jauh kes tatatertib, lagi nk buat kerja ikut kepala dia je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2026 09:04 AM | Show all posts
benda2 gini la yg kdg trigger drpd elok je jadi baik turn into monster



moga ko manage utk teruskan hidup dek

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 10:30 AM | Show all posts
Skuau replied at 19-1-2026 12:19 AM
Nak buek acaner.....yg ada ijazah dgn kepujian..mana la nak lari kejar penjahat....

dorg patot ada sop

kita kerja company nak buat2 apa kerja, hatta benda yg daily task pown mesti nak ikowt sop bukan main harung camtu jer..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2026 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang pelik, zaman sekarang dalam dan luar rumah wajib ada CCTV. Takut nanti kena lempang tumbuk tiba tiba dengan polis
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 19-1-2026 12:15 AM
wah, melampau.....
ko x maki ke polis tu.
cakap dah kena pindah jauh kes tatatertib, lagi nk buat  ...

Tak, PK HEM yang maki sebab dia jenis mak2 very protective so memang dia hambur polis2 tu. Pengetua marah lite2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Silly....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 03:02 PM | Show all posts
penjarakan
kalau bersalah sekalipun
orang takmelawsan
kenapa nak sepak pukul terajang bagai tu
bukan budak tu melawan pun
dlmkes ni pulak .. mmg tak bersalah .. lagi lah
apa bukti yg menyebabkan rumah dia diserbu ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 05:43 PM | Show all posts
ada waran ka masuk rumah orang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat Sabak Bernam dah kena Santau polis tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2026 10:09 AM | Show all posts
So silly
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.063949 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list