|
View: 3371|Reply: 50
|
Nadia Kesuma Meninggal Dunia Sakit Jantung
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadia Kesuma, 50, yang dilaporkan hilang di Arab Saudi sejak Khamis lalu, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.
Berita duka itu disahkan oleh anak perempuannya yang dikenali sebagai Myra menerusi platform Threads awal pagi tadi.
“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah pun kembali ke Rahmatullah pada 15 Januari 2026, khamis sekitar pukul 8.07 malam.
“Arwah meninggal dunia disebabkan sakit jantung dan kemudiannya telah dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di lapangan terbang Jeddah.
“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada pukul 11.10. Berita tersebut disampaikan oleh agensi pelancongan itu sendiri.
“Terima kasih kepada kalian yang tidak berhenti menitipkan doa buat mama. Mohon doakan arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, diampunkan segala dosanya dan dirahmati Allah,” kongsinya.
Terdahulu Allahyarham, yang mengikuti rombongan umrah – London – Paris dilaporkan hilang di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz sejak khamis lepas. Jenazahnya akan dikebumikan di Jeddah.
Khabar duka itu turut dikongsikan sahabat baiknya pelakon Anne Abdullah menerusi Instagram.
“Dengan penuh rasa dukacita dan hati yang berat, setelah segala usaha, siasatan dan bantuan daripada semua pihak, kami ingin memaklumkan bahawa sahabat kita yang tercinta, Nadiah Kesumawati binti Abdul Karim telah kembali ke rahmatullah di Jeddah.
“Pemergian ini amat menyedihkan dan meninggalkan kesan yang mendalam buat kita semua. Terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap individu dan pihak yang telah membantu, berusaha, mendoakan serta memberi sokongan sepanjang proses pencarian dan siasatan ini.
“Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa arwah, menerima segala amal kebaikannya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan berkasih sayang dengan-Nya. Al-Fatihah.
“Semoga keluarga arwah diberi ketabahan, kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian yang berat ini. Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali,” tulisnya. -UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 18-1-2026 12:57 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan kes kehilangan pelakon wanita, Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, atau Nadia Kesuma telah meninggal dunia.
Perkara itu disahkan berdasarkan hasil usaha Konsulat Jeneral dalam mengesan keberadaan beliau melalui kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan serta semakan rekod berkaitan.
Menurut kenyataan Wisma Putra, pihak keluarga telah pun dimaklumkan mengenai berita duka ini.
“Kementerian ini menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.
“Pada masa sama, Kementerian ini turut merakamkan penghargaan kepada pihak berkuasa Kerajaan Arab Saudi atas segala bantuan dan kerjasama yang diberikan dalam mengendalikan urusan ini,” katanya hari ini.
Wisma Putra berkata, bagi memastikan segala urusan berjalan lancar, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh bersama Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah sedang giat memberikan bantuan konsular sepenuhnya kepada pihak keluarga.
Jelasnya, wakil-wakil daripada kedua-dua Perwakilan Diplomatik Malaysia tersebut akan berada di lapangan bagi memantau perkembangan secara dekat serta memudah cara proses-proses selanjutnya.
“Kementerian Luar Negeri ingin menegaskan bahawa keselamatan serta kebajikan warganegara Malaysia di luar negara sentiasa menjadi keutamaan.
“Walau bagaimanapun, memandangkan kes ini melibatkan privasi pihak keluarga, Kementerian ini tidak akan mengulas lanjut mengenai butiran peribadi individu terlibat bagi menghormati sensitiviti semua pihak,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Nadia Kesuma menyertai kumpulan umrah dan ziarah sebuah agensi pelancongan terdiri daripada 21 peserta bermula dari 14 hingga 28 Januari ini.
Bagaimanapun, pelakon filem Syaitan Munafik dan Kudeta itu gagal dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah. – UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lambatnya nak bagi tau dah meninggal. Menteri pun bagi statement terawang2 cakap dah keluar dari airport tapi tak cakap ke mana macam nak suruh orang cer teka cer teka.
Kalau cakap ja pergi hospital tak boleh ka, ke dia pun tak tau?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah.
She berlakon cite apa?
Tak perasanlah pulak
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah...
Camno hal mcm ni pihak agensi blh lambat inform family |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-1-2026 04:46 PM
Salam takziah.
She berlakon cite apa?
Tak perasanlah pulak
Kaka telracs bubuh dlm bodgos..
Iols cincot dari tenet
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 18-1-2026 05:18 PM
Kaka telracs bubuh dlm bodgos..
Iols cincot dari tenet
Tak memorable
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 18-1-2026 05:14 PM
Innalillah...
Camno hal mcm ni pihak agensi blh lambat inform family
Mana ada lambat, diorang inform family lepas arwah ni tak naik flight ke London, tak dapat kesan. Procedure sana, lepas 20 jam hilang baru boleh buat report polis, itu yang lebih 2 hari baru dapat info arwah dah meninggal. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya masa transit kat airport Jeddah tiba2 sakit dada terus pergi klinik airport, x sempat inform tour leader atau other group member krn dia x kenal pun, just join the tour. Klinik airport terus htr ke hospital. Pasport ada kat tour leader kot, sebab tu org hospital x tau nak contact siapa. Ini imaginasi je, x tau apa yg sebenarnya berlaku. Harap ada cctv airport captured her last moments there. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ulamalu replied at 18-1-2026 05:49 PM
Agaknya masa transit kat airport Jeddah tiba2 sakit dada terus pergi klinik airport, x sempat inform ...
Tak dibuat orang kalo travel ikot grup tetibe nak break rank pegi cari klinik pulak menudu2 sensorang. Ape2 hal mesti bagitau grup leader la patotnye. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Serangan jantung umpama bomb atom...kita sendiri x tahu kita ada sakit jantung.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-1-2026 05:19 PM
Tak memorable
Kalau baca kat bodgos, deme habaq dia ni bini kedua.. lama deme dok decode awat anak2 besaq, somi kawen jauh lagi awai semua tu..
Itu lagi haru...
Edit: benang ni dah kena pindah ke bodgos rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya tour agency ada explain..sesampai Jeddah ada yg berpecah jalan2 sekitar airport kot..time tu la maybe arwah kena heart attack, org yg nampak bawak dia pergi klinik then trf ke hospital..x terdaya nk inform tour leader dlm sakit2 tu atau maybe pengsan afterwards..
Alfatihah kpd arwah
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia sebenarnya pergi umrah ke just transit nk ke London?
Aku xphm part dia travel solo...family dia xkn xde boleh teman
Dh berusia senja kan...Apepun aku sumpah kesian kat arwah ni..TA dgn Kedutaan Msia xguna lgsg..info xtepat.. innalilllah... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Inna lilla hiwainna ilaihi rojiun. Salam takziah. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ambik pakej ziarah Umrah -London. Habis umrah terus ke London pulak. tu yg transit ke airport Jeddah. sementara tunggu flight ke London masing2 bebas agaknya nk kemana2 dlm airport tu. masa tu la rasanya dia kena heart attack.
pendapat aku la badan terlalu penat lps umrah terus pulak nak berkejar2 ke next trip.
aku tak rasa TA & gomen tak buat keja. baca komen2, SOP kt Arab Saudi lps 20-24 Jam baru boleh buat report & mcm2 lg SOP kena follow kot takleh nak memandai2.
maybe family arwah pon panic sbb tu diaorang pon usaha viralkan psl arwah
lesson learned - elokla pegi mana2 berteman. kalo pegi solo mcm ni wpon join TA sekalipon, tak dpt TA nak jaga kita 24 jam
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|