CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 57|Reply: 0

[Pulau Pinang] Imigresen, Negeri Sembilan terikat tanpa jaringan

[Copy link]
Post time 18-1-2026 04:20 AM | Show all posts |Read mode
Imigresen, Negeri Sembilan terikat tanpa jaringan

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Januari 17, 2026 @ 8:10pm




Pemain tengah Negeri Sembilan FC, Ang Sangsu (tengah) diasak Rafael Holstein (kiri) dan Eduardo Sosa (kanan) pada aksi pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan, petang tadi. - Foto Facebook Negeri Sembilan FC



BATU KAWAN: Imigresen FC dan Negeri Sembilan FC terikat tanpa jaringan pada perlawanan pusingan pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri Pulau Pinang, di sini, sebentar tadi.

Skuad Jang yang turun sebagai pasukan pilihan dilihat mendominasi permainan sejak awal dengan melancarkan serangan bertali arus antaranya melalui Takumi Sasaki, Khuzaimi Piee, Joseph Esso dan Mio Tsuneyasu namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah.

Bagaimanapun, Imigresen hampir mendahului kem pelawat namun jaringan Wilmar Jordan Gil pada minit ke-38 dibatalkan selepas semakan video bantuan pengadil (VAR) mendapati dia berada pada kedudukan ofsaid.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah hampir memecah kebuntuan pada minit ke-63 menerusi percubaan leret Fadzrul Danel Nizam namun usahanya dinafikan penjaga gawang pelawat, Muhammad Aqil Abd Razak yang bertindak cemerlang menepis bola keluar.

Kem pelawat terus meningkatkan tekanan dengan memasukkan pemain gantian, N Javabilaarivin dan Oday Kharoub dalam tempoh 20 minit terakhir namun tetap tidak berhasil.

Skuad Imigresen juga serba tidak menjadi dengan Elvis Kamsoba dilihat menendang bola sehingga but tercabut dalam percubaan membuka tirai jaringan manakala Eduardo Sosa diusung keluar selepas dipercayai mengalami kecederaan pada rusuk kiri.


Keputusan seri kekal hingga wisel penamat sekali gus memberikan peluang seimbang kepada kedua-dua pasukan menjelang aksi timbal balik di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada 25 Januari ini.



https://www.bharian.com.my/sukan ... ikat-tanpa-jaringan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.211952 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list