CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 60|Reply: 1

[Pulau Pinang] Perkampungan Melayu di Pulau Pinang semakin terhimpit - Perwakilan

[Copy link]
Post time 17-1-2026 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Perkampungan Melayu di Pulau Pinang semakin terhimpit - Perwakilan

NURUL HUDA HUSAIN
17 Januari 2026 11:37am





Mohd Noor ketika membahaskan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Sabtu.






KUALA LUMPUR - Pembangunan di Pulau Pinang ketika ini didakwa semakin tidak terkawal sehingga menghimpit kawasan perkampungan orang Melayu di negeri berkenaan.

Perwakilan Pulau Pinang, Datuk Mohd Noor Ahmad berkata, situasi itu merupakan antara cabaran dan rintangan yang perlu dilalui Barisan Nasional (BN) apabila tidak lagi berkuasa selepas pasca pilihan raya umum (PRU) 2008 lalu.


“Saya dan beberapa pemimpin Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada tahun 2008 lagi saling berbincang dengan pembangunan tidak terkawal ini, kelak akan menghakis status beberapa kawasan ‘Parlimen Melayu.

“Contohnya, Bayan Baru pada 1990 dahulu dianggap Parlimen Melayu dan memang Melayu jadi wakil rakyat di sana.

Pada tahun 2008 pun, masih lagi seorang Melayu jadi wakil rakyat di kawasan Parlimen itu.


“Sekarang? Pembangunan tidak terkawal akhirnya menghakis status Bayan Baru sebagai Parlimen Melayu?

Dengan melihat pembangunan tak terkawal di Kepala Batas, Tasek Gelugor, Balik Pulau, Permatang Pauh, Nibong Tebal, paling bimbang akan menghakis status kawasan Parlimen Melayu seperti Bayan Baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, pada Sabtu.

Melihat kepada situasi membimbangkan itu, Mohd Noor meminta agar Ahmad Zahid melihat keperluan sekiranya terdapat cadangan untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya dalam penggal pentadbiran pilihan raya kali ini.

“Kalau nak wujudkan kawasan Parlimen baharu, jangan biarkan hanya kawasan Parlimen ‘bukan Melayu’ sahaja pecah sempadan, sebab ia akan menyumbang pada tambah representasi wakil parti mereka dalam kerajaan.

“Pastikan kawasan-kawasan Parlimen Melayu sasaran kita pun membawa pada wujudnya lebih banyak kawasan parlimen Melayu..biar benar-benar mencerminkan representasi populasi sebenar Melayu di Parlimen,” katanya.





Beliau menambah, sekiranya perkara tersebut tidak boleh dilaksanakan, beliau menggesa supaya UMNO menolak syor persempadanan semula tersebut.

https://www.sinarharian.com.my/article/764396/berita/politik/perkampungan-melayu-di-pulau-pinang-semakin-terhimpit---perwakilan


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 01:26 PM | Show all posts
Edited by silance at 17-1-2026 01:44 PM

Sementara itu koloni rohingnya makin banyak ada di setiap negeri. Bodow.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046625 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list