CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1177|Reply: 25

[Dunia] Menteri Indonesia dakwa Singapura tidak senang lihat ekonomi negaranya maju

[Copy link]
Post time 17-1-2026 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-1-2026 05:47 PM


Menteri Indonesia dakwa Singapura tidak senang lihat ekonomi negaranya maju

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
16 JAN 2026 11:44 AM

]
JAKARTA – Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto, mendakwa terdapat negara jiran yang tidak senang melihat kemajuan ekonomi Indonesia, dengan Singapura disebut sebagai contoh utama.

Kenyataan itu disampaikan semasa acara road to Jakarta Food Security Summit (JFSS) 2026 di Jakarta Selatan, pada 13 Januari 2026.

Menurut beliau, semakin aktif Indonesia menyertai perjanjian perdagangan bebas dan blok dagang antarabangsa, semakin jelas ketidakselesaan pihak-pihak tertentu di negara jiran.

“Singapura tidak suka jika Indonesia terlibat dalam semua perjanjian perdagangan bebas.
"Malah, terdapat usaha-usaha untuk menghalang kemajuan kita,” kata Airlangga, walaupun beliau tidak menjelaskan secara terperinci bentuk gangguan yang dimaksudkan.

Beliau menekankan bahawa langkah Indonesia membuka akses pasaran ke pelbagai negara akan diteruskan, selaras dengan arahan Presiden Prabowo Subianto.

Berdasarkan kajian firma Switzerland, Indonesia mencatat antara pembukaan pasaran terbesar di dunia pada 2025.

Airlangga menyorot kejayaan Indonesia memeterai perjanjian Comprehensive Economic Partnership Agreement (CEPA) bersama Kesatuan Eropah dan Kanada, selain perjanjian perdagangan bebas dengan pihak Ekonomi Eurasia (Free Trade Agreement).

Indonesia juga sedang mempersiapkan memorandum of understanding untuk CEPA bersama United Kingdom.

Indonesia kini merupakan anggota blok perdagangan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP) yang melibatkan 10 negara ASEAN serta lima rakan strategik: China, Jepun, Korea Selatan, Australia, dan New Zealand.

Di peringkat antarabangsa, Indonesia sedang melalui proses 'technical review' untuk menjadi anggota Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) – organisasi yang kini dianggotai 38 negara, mewakili 46 peratus KDNK dunia dan 70 peratus perdagangan global.

Thailand disebut sedang mengikuti jejak langkah Indonesia dalam usaha bergabung.
Selain itu, Indonesia turut menyertai The Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership (CPTPP), walaupun masih ketinggalan berbanding Singapura, Malaysia, dan Vietnam.

“Maka, Indonesia kini berada di posisi terdepan berbanding negara ASEAN lain dalam perlumbaan perdagangan bebas global,” jelas Airlangga.

Langkah-langkah ini memperkukuh kedudukan ekonomi Indonesia di pentas global, sambil mengekalkan momentum pertumbuhan dan integrasi perdagangan antarabangsa, walaupun menghadapi persaingan dan ketidakselesaan dari negara jiran.– Agensi




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2026 10:14 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apeee???  Mabok ketom ke??  

Lelucon..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasan betul
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 12:12 PM | Show all posts
Tahniah Bapak.. semoga Indonesia maju..

banteras rasuah lebih dahulu pak, In sya allah Indonesia bisa maju..

bisa bawa pulang bibik bibik indo dari singapur...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Talking about professional level between indonesia and singapore … i prefer indonesian, singapore ni susah keje dgn depa … thailand and philipines  depends ….

Kenapa singapore takut dgn indon yg lagi besar tu .. sepatutnya laa .. sbb mmg industri diorg maju dgn org lokal .. singapork harap pelaburan luar . Cuba la semua mnc and expatriate pindah indon pulak .. tau la nasib depa nanti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2026 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
halusinasi betul.. minum tebu liar ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 17-1-2026 12:19 PM
Talking about professional level between indonesia and singapore … i prefer indonesian, singapore n ...

Diharap lepas ekonomi indon dah semakin maju, mohon tki diorg kat sini kembali lah ke negara diorg tu, takyah dok menyemak kat sini lagi. Time tu of course penuh kat youtube, youtuber2 diorg mula bangga dan start buat perbandingan dalam pelbagai aspek dengan kita, semua la mereka berjaya maju ke depan dan kita2 ni semua pakat terkebelakang..iols teringin nak tgk diorg start produce mobil tempatan diorg. Nak tgk macam mana bangganya diorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2026 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 17-1-2026 05:31 PM
Diharap lepas ekonomi indon dah semakin maju, mohon tki diorg kat sini kembali lah ke negara diorg ...

Bila ekonomi maju
Mereka akan auto x dtg sini

Lagi pun malaysia ni dah bukan target utama pon
Dirog byk jugak kat europe and US
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
adelea replied at 17-1-2026 12:19 PM
Talking about professional level between indonesia and singapore … i prefer indonesian, singapore n ...

Ye I setuju ngan uols. I rasa pun mcm beberapa thn ni singapore mcm agak desperado skit nk tarik org dtg ke negara dia. Contohla, bagi insentif kpd artis gred A mcm taylor swift buat konsert kt negara dia, walaupun audience singapore ni boring namatey, tp yg diorg harapkan peminat dari SEA akan dtg sana, bermalam kat sana, berbelanja kt sana. La ni pun singapore mcm dh makin aktif rebranding makanan dan budaya diorg jadi oriental (read: ke arah kecinaan). Nasi lemak jadi nanyang coconut rice, kuih tradisional melayu jadi nyonya kueh. Nak tarik pelancong dari China ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu kawasan kat airport jakarta tu mmg nmpak kawasan China. Rase mcm bukan dekat indon sbb dulu susah nk nmpak signage tulisan cina almaklum jati diri indon ni kuat berbanding bangsa lain dulu. Skrg ni meols rase deyols lebih terbuka.

Menteri indon ni kena belajar PR. Kalau rupiah makin susut nilai tak de sape dengki pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:20 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 17-1-2026 06:13 PM
Ada satu kawasan kat airport jakarta tu mmg nmpak kawasan China. Rase mcm bukan dekat indon sbb dulu ...

Pantai Indah Kapuk PIK kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:22 PM | Show all posts
adelea replied at 17-1-2026 12:19 PM
Talking about professional level between indonesia and singapore … i prefer indonesian, singapore n ...

tapi segala masalah yang ada kat endon skrg cam kemiskinan, passport lemah, matawang lemah, pengangguran tinggi, etc bukannya salah negara jiran cam singapore pun..



Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 17-1-2026 11:20 AM
Pantai Indah Kapuk PIK kan?

Betul. Kawasan PIK, sbb pergi situ nak makan. Bukan kecik2 kawasan tu. Nmpak mcm china town. Almaklum, cina indon kan tak di recognize kat sana. Maksud nya bahasa dan nama kena ikut indon.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 17-1-2026 07:22 PM
tapi segala masalah yang ada kat endon skrg cam kemiskinan, passport lemah, matawang lemah, pengan ...

sana korupsi kuat ... tu salah satu punca dia

klu u pernah travel sana
u will notice some tempat wpun kampung je. pon di urus dgn baik prasarana kat sana ..

some places sampah ni usah di kenang ...

uols try la nonton aruna dan lidahnya
nampak citer tu macam citer bodo
tapi ada issue korupsi
and byk lagi citer lain yg uols boleh nampak salah guna dana oleh pentadbir wpun hanya dgn nama pengetua sekolah

diorg tu harga bensin from one part to another part pon tak sama compared to malaysia yg lebih seragam
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2026 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 17-1-2026 05:31 PM
Diharap lepas ekonomi indon dah semakin maju, mohon tki diorg kat sini kembali lah ke negara diorg ...

"kami ada kereta cepat....negara tertangga pasti iri"-Indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2026 09:08 AM | Show all posts
Ya.. ada dengar2 singapore ni quite risau dengan plan ekonomi jiran.. SID selalu je sabotaj.. timbulkan kekacauan.. covert ops.. menteri Indo ni tau le tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang iq gorila.


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2026 05:10 PM | Show all posts
Minami2013 replied at 17-1-2026 07:34 PM
Betul. Kawasan PIK, sbb pergi situ nak makan. Bukan kecik2 kawasan tu. Nmpak mcm china town. Almak ...

tapi semenjak 2 menjak ni nampak cam dorg dah x strict sgat ngan chinese indonesian aka chindo

x jauh dari PIK tu berlambak giler tugu2 dan hiasan/dekorasi2 ala chinese pastu ada sekolah private chinese bosa giler.. sekali pandang dah macam area2 PJ/Damansara pulak aku tengok area tu..

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2026 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 17-1-2026 05:31 PM
Diharap lepas ekonomi indon dah semakin maju, mohon tki diorg kat sini kembali lah ke negara diorg ...


Masalahnya orang Malaysia mahu kah buat kerja kebun Kelapa Sawit, toreh getah??

80% Buruh Asing yang buat kerja pertanian

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.044373 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list