|
View: 1564|Reply: 20
|
[Tempatan]
Kakitangan KTMB Dihalau Dari Kuarters Dengan Notis 14 Hari
[Copy link]
|
|
|
KUALA LUMPUR: Seramai 74 keluarga pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdepan kehilangan tempat tinggal apabila diarah mengosongkan kuarters kediaman di Ipoh dan Jalan Kastam dalam tempoh singkat, susulan projek pembangunan di kedua-dua lokasi itu.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM), Muhammad Faizal Shahibul Kiraya berkata, situasi paling kritikal melibatkan 26 unit rumah dan sebuah surau di Jalan Kastam, yang kini tertakluk kepada arahan pengosongan dalam tempoh 14 hari selepas Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian mengeluarkan surat kepada Railway Assets Corporation (RAC) selaku pemilik tanah hari ini.
Menurut Muhammad Faizal, arahan itu sekali gus meletakkan pekerja dalam keadaan tertekan seolah-olah mendiami kawasan haram, walaupun kuarters berkenaan telah wujud sejak lebih satu abad lalu dan menjadi sebahagian daripada kemudahan asas perkhidmatan KTMB.
“Kami rasa macam duduk tanah haram. Tiba-tiba kena keluar dalam tempoh 14 hari sedangkan rumah ini wujud sejak 1905 dan disediakan khusus untuk pekerja KTMB,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB, hari ini.
Selain Jalan Kastam, Muhammad Faizal berkata, 48 unit rumah kuarters di Ipoh turut terjejas susulan perancangan pembangunan projek Ipoh Sentral yang berlarutan sejak tahun lalu, menjadikan keseluruhan 74 unit kediaman kini berada dalam ketidaktentuan, tanpa kepastian penempatan ganti.
Beliau menegaskan, sehingga kini tiada satu pun rumah gantian atau rumah transit disediakan kepada penghuni terlibat, sekali gus menimbulkan kebimbangan serius terhadap kebajikan pekerja dan keluarga mereka.
Beliau turut mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang didakwa bertindak secara unilateral dan bercanggah dengan jaminan kerajaan sebelum ini, khususnya prinsip “roboh satu, ganti satu” yang pernah dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan.
“Menteri sendiri pernah memberi jaminan bahawa setiap kuarters yang dirobohkan akan diganti. Tetapi apa yang berlaku sekarang seolah-olah ada pihak bertindak di belakang pengetahuan Menteri,” katanya.
Menurut beliau, Kesatuan tidak menolak pembangunan, namun menegaskan kebajikan pekerja tidak boleh dikorbankan atas nama projek atau kepentingan pihak ketiga, apatah lagi apabila keputusan dibuat tanpa persetujuan bersama seperti termaktub dalam perjanjian bersama.
Tegas beliau, kesatuan akan terus mempertahankan hak pekerja dan tidak teragak-agak mengambil tindakan lanjut di sisi undang-undang sekiranya isu penempatan semula ini gagal diselesaikan secara adil dan berperikemanusiaan. – UTUSAN |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat seperti Sentul Central tu asal ktmb |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam komuniti Estate type K tak nak keluar dari estate kah? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejam betul..14 hari jer tempoh |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
IDato' Sri Cheong Kong Fitt merupakan pengasas dan Pengarah Urusan Perak Transit
Perak transit ni lah yg milik projek Ipoh sentral
Patutlah senyap berita ini.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
14 hari je notis.. mmg kejam. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pacak kuil satu, mesti x kena halau |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Romanticise words Tanah Melayu dalam nama KTM biar nampak Melayu diusir dari bumi sendiri padahal serupa pekerja rapidKL ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ZORRO5555 replied at 16-1-2026 06:02 AM
Kejam betul..14 hari jer tempoh
'... Selain Jalan Kastam, Muhammad Faizal berkata, 48 unit rumah kuarters di Ipoh turut terjejas susulan perancangan pembangunan projek Ipoh Sentral yang berlarutan sejak tahun lalu...'
Dorang bukan baru tau kena keluar tapi memang tak nak keluar ko bagi lah notis seratus tahun pun. Aku cukup pengalaman dengan penyewa tak nak keluar ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dia buat rumah tu mcm dia punya pulak ye. nama pun kuarters pekerja
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kuaters ni area mana nyehh?aku maleh nak google |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ktmb patut sediakan tpt lain ke? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
peninggalan zaman keretapi under gomen yang diwarisi dari penjajah dulu. dorang lupa sekarang dah jadi swasta company kena fikir survival sendiri, belum campur public yang hari2 komplen nak itu nak ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi.. nama pun kuarters..
belum ada kuarters ganti, kau sewa la dulu rumah..
dah biasa hadap benda free sampai survival skill zero ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
org melayu hidup seadanya.
kalau gaji RM 2000 hidup la 20 tahun gaji tu.
kalau berlaku pada usia muda ok lagi. boleh migrate.
ni masing masing dah setengah abad. . .
jadi melayu sekarang mmg dah tak rilek.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 16-1-2026 09:18 AM
Kuaters ni area mana nyehh?aku maleh nak google
Ni nyohh
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg penting kena ada pokok dulu
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
tak tau la... tunjuk mcm tu je.kt belakang railway station ke nyehhh
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|