|
View: 650|Reply: 8
|
[Tempatan]
sirih pulang ke gagang.KJ berkemungkinan sertai UMNO semula.Anda tak setuju?
[Copy link]
|
|
|
KJ Hadir Perhimpunan Agung UMNO Dengan Izin Zahid
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa kehadiran beliau di Perhimpunan Agung UMNO hari ini adalah selepas mendapat izin Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Memetik Astro Awani, beliau berkata kehadirannya pada perhimpunan kali ini menjadi detik penuh emosi selepas dua tahun disingkirkan daripada parti.
"Semalam saya jumpa dengan Datuk Seri Zahid di majlis tahlil. Saya tanya, bolehkah saya datang hari ini? Kalau Datuk Seri tak nak saya datang, saya tak datang.
"Saya hanya datang kalau diberi izin. Dan saya ucapkan terima kasih sebab dia kata please come," maklum beliau.
Dalam pada itu, Khairy menegaskan bahawa kehadiran beliau dalam perhimpunan kali ini bukan sebagai tanda penyertaan semula parti secara rasmi. Menurutnya, tindakan tersebut disifatkan sebagai langkah awal untuk kembali mendekati parti.
"Hari ini sangat-sangat emotional bagi saya. Saya dapat pulang ke perhimpunan parti saya. Insya-Allah, benda-benda baik lepas ini.
"Selangkah kembali, menyertai UMNO kembali. Ya, one step at a time. Hari ini saya hadir sebagai pemerhati,” jelas Khairy.
Beliau turut memuji ucapan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh yang dikatakan berprinsip berikutan mengekalkan sokongan kepada kerajaan perpaduan demi kestabilan politik serta memastikan garis merah UMNO tidak dilanggar mana-mana pihak.
"Apa yang Akmal buat hari ini sangat berprinsip. Dia kata kita akur untuk terus menyokong kerajaan sedia ada, tetapi pada masa sama, apa yang patut dibuat, perlu dibuat.
"Dia tekankan ini bukan perhimpunan kebencian. Penyatuan Melayu tidak perlu menjadi sesuatu yang ditakuti oleh orang lain," ujar beliau.
Sementara itu, Khairy menzahirkan harapan beliau agar usaha Pemuda UMNO mampu menyatukan orang Melayu tanpa mencetuskan ketakutan atau perpecahan kaum.
"Jangan jadikan agenda ini sebagai pembencian terhadap mana-mana kaum. Itu sangat penting," titipnya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Keluar x mengurangkan apa2 , masuk balik pun x menambah apa2.apakata bukak thread drama low class umngok..si akmal tu letak jawatan exco melaka.betul2 ke acah2? nak org pujuk dia ke?sbb kuatkuasa minggu depan |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesilapan zaman menteri kesihatan paksa rakyat vaksin |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tunggu berita presiden keluar parti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jentera pilihanraya dah start enjinnn......nampak dahhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
akuMNdia replied at 16-1-2026 01:41 AM
aku tunggu berita presiden keluar parti
Keluar parti terus 
Resign dari jawatan presiden pun tak tentu lagi tu. Almaklum, setapak lagi ke jawatan PM. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anwar Ibrahim tu pun UMNO macam kau jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepam...kembali pun ada motif |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|