CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 57|Reply: 0

[Kedah] Lelaki melecur di muka, badan disambar api ketika bakar pakaian lama

[Copy link]
Post time 15-1-2026 07:38 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki melecur di muka, badan disambar api ketika bakar pakaian lama

Zuliaty Zulkiffli[email protected]






Anggota bomba membawa mangsa yang melecur di muka dan badan untuk diberi rawatan awal sebelum dia dihantar ke hospital. FOTO IHSAN BOMBA




Sik: Seorang lelaki melecur di bahagian muka dan badan selepas disambar api ketika sedang membakar pakaian lama menggunakan petrol berhampiran rumahnya di Kampung Baru, Batu Besar, di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.32 petang tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Sik yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mat Zuki Mat Noh tiba di lokasi tidak lama kemudian sejurus menerima laporan berhubung kejadian itu.

"Setibanya di lokasi, didapati mangsa dalam keadaan melecur dan api berjaya dipadam dengan bantuan orang awam.

"Berdasarkan maklumat waris, mangsa yang berusia 31 tahun dipercayai membakar pakaian lama menggunakan petrol sebelum kejadian berlaku.

"Mangsa dipercayai melecur sekitar anggaran 50 peratus akibat kejadian itu, " katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jamil berkata, anggota dari Unit Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) BBP Sik memberi rawatan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dia dibawa ke Hospital Sik untuk rawatan lanjut.



Disiarkan pada: Januari 15, 2026 @ 5:44pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1311330/lelaki-melecur-di-muka-badan-disambar-api-ketika-bakar-pakaian-lama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.039704 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list