CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

[Sarawak] JIM Sarawak tahan 53 warga asing di Kuching

[Copy link]
Post time 15-1-2026 01:40 PM | Show all posts |Read mode


Gambar operasi yang dikongsi di Facebook JIM Sarawak.

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menahan seramai 53 warga asing dalam satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan dari awal pagi Selasa hingga awal pagi Rabu di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini.

Menurut kenyataan di akaun Facebook JIM Sarawak, operasi berkenaan dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kuching dengan kekuatan seramai 29 pegawai yang menyasarkan beberapa lokasi dikenal pasti sebagai tumpuan warga asing.

“Antara lokasi yang diserbu termasuk beberapa rumah kediaman di kawasan kebun sekitar Kampung Trombol, kilang di kawasan perindustrian Demak serta rumah kongsi di tapak pembinaan di Jalan Arang,” menurut kenyataan itu.



Gambar operasi yang dikongsi di Facebook JIM Sarawak.

Tambahnya, kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang imigresen dan telah dibawa ke Pejabat Imigresen bagi tujuan siasatan lanjut.

“Tindakan sewajarnya akan diambil mengikut peruntukan undang-undang imigresen sedia ada,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.080330 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list