CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 429|Reply: 2

Wanita UMNO gesa laksana agenda kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam kepimpinan dan pembuat keputusan

[Copy link]
Post time 15-1-2026 12:40 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mendesak agar sasaran minimum 30 peratus penglibatan wanita dalam kepimpinan dan pembuat keputusan dimasukkan secara rasmi dalam Perlembagaan UMNO.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, langkah itu penting bagi memastikan agenda pemerkasaan wanita tidak sekadar menjadi komitmen lisan, sebaliknya dilaksanakan secara berstruktur dan berterusan.

Menurutnya, tanpa peruntukan jelas dalam perlembagaan parti, agenda 30 peratus berisiko kekal sebagai slogan yang diulang saban tahun tanpa pelaksanaan sebenar.

“Ini bukan tuntutan bermusim atau sentimen emosi. Ini adalah keperluan strategik untuk memperkukuh parti dan demokrasi,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2025 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.

Noraini menegaskan, wanita tidak lagi boleh dilihat sebagai sekadar jentera pilihan raya atau pelengkap organisasi, sebaliknya perlu diberi ruang sebenar dalam struktur kepimpinan parti.




Katanya, kemasukan agenda 30 peratus ke dalam Perlembagaan UMNO akan memberikan jaminan bahawa komitmen parti terhadap wanita bersifat mengikat dan bukan bergantung kepada budi bicara kepimpinan semata-mata.

Tambah beliau, UMNO sebagai parti yang sering mendahului perubahan wajar menunjukkan keberanian politik dengan melaksanakan transformasi dalaman yang jelas dan tegas.

Beliau turut menegaskan bahawa wanita UMNO telah membuktikan kemampuan mereka memikul amanah dalam pelbagai peringkat, termasuk di akar umbi, negeri dan nasional.

“Apabila wanita diberikan kepercayaan, mereka akan membuktikan bahawa amanah itu bukan sia-sia,” katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru seluruh kepimpinan parti agar menyokong cadangan tersebut demi memastikan proses pembuatan keputusan lebih seimbang dan inklusif.

Beliau menyifatkan agenda 30 peratus sebagai pelaburan jangka panjang untuk memastikan UMNO kekal relevan, progresif dan diyakini generasi baharu.

Sumber : – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 01:32 PM | Show all posts
sudah tahun 2026 mentaliti kuota masih susah nak kikis

orang omno ni kena mohon perlindungan perhilitan kot takut pupus awal
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2026 10:46 AM | Show all posts
tapi tak payah lah bagi perempuan lagi huru hara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.124015 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list