CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6250|Reply: 166

Isu halal haram, Fasha Sandha terguris ‘mulut bisa’ pempengaruh Islamik berbadan sado.... “Tegurlah dengan berhemah tanpa mengaibkan sesiapa pun” ...

[Copy link]
Post time 15-1-2026 12:13 PM | Show all posts |Read mode




PELAKON Fasha Sandha terkilan dengan tindakan pempengaruh Islamik, Tareq Fit yang lantang mengulas mengenai hukum konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Fasha berkata, individu itu tidak sepatutnya menghakimi seseorang mengenai isu halal atau haram secara terbuka di media sosial apatahlagi menyasarkan golongan selebriti.

"Sebenarnya kehidupan kita di dunia ini sama saja, cuma yang membezakan adalah kami ini penggiat seni.

"Rasanya tak perlu kot nak hakimi orang dengan cakap halal dan haram. Cukuplah menegur secara berhemah. Nak cakap lebih-lebih pun tak pandai sangat, takut salah cakap.

"Cuma apa yang boleh saya katakan saya agak terguris sebab teguran dia pada idola saya agak kasar.

"Dia boleh menggunakan cara lebih baik dan berdiplomatik. Kalau betul nak menegur mengikut landasan cara Islam, boleh saja tapi tegurlah dengan berhemah tanpa mengaibkan sesiapa pun," katanya kepada mStar.

Fasha berkata demikian ketika ditemui di Klang, Selangor semasa penggambaran drama Doa Yang Terlindung untuk slot Akasia TV3.

Menurut Fasha, pempengaruh tersebut tidak sepatutnya menggunakan bahasa kurang sopan untuk menegur orang lain, sebaliknya memilih tutur kata yang lebih sopan untuk mengulas sesuatu isu panas.

"Saya menempatkan diri saya sebagai peminat Siti. Bila pempengaruh ini tulis semuanya haram dan maksiat, saya agak sedihlah kenapa nak kena terus menghakimi orang.

"Mungkin kalau dia menggunakan bahasa yang agak lembut, kita boleh terima tapi bahasa yang digunakannya agak kasar.

"Dia boleh saja cakap dengan cara yang lebih sopan kalau betul niatnya nak menegur. Lagipun konsert tersebut dihadiri oleh ramai orang termasuk ahli kenamaan dan kerabat.

"Jadi bila dia rangkumkan semua dengan mengatakan semua yang pergi itu tempat maksiat dan haram, rasa tak wajar.  Kalau betul rasa haram sekalipun, tegur dengan cara berhemah.

"Sebelum ini pun dia ada cakap fasal Que Haidar dan masa itu saya sudah terdetik di hati kenapa kena hina dia sebegitu sedangkan Que ini mencari rezeki untuk anak-anaknya

"Niat tak menghalalkan cara. Tak bolehlah nak tegur atau menilai orang sesuka hati sebab hanya Allah saja boleh menghakimi kita,"katanya.

Terdahulu Tareq Fit yang dikenali dengan pendirian tegas berkaitan soal halal dan haram berkongsi hukum konsert Siti.

Teguran yang dibuat itu bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak termasuk Fasha yang menyifatkan penggunakan bahasa digunakan agak kasar dan keterlaluan.


Sumber : mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni warganegara Malaysia ke? Dengan Ojen pun ada isu.. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 15-1-2026 12:23 PM
Dia ni warganegara Malaysia ke? Dengan Ojen pun ada isu.. Hehe

Malaysia sebb da kawen dengan orang terengganu. Da beranak pinak da pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:25 PM | Show all posts
Why pasah, why?

Kalau dia tegur benda yang betul, kira jadi tak betul ke? Yang kasar tu hal lain lah, yang i curious, walaupun orang tu tegur benda betul, tetap salah ke? Ke terus salah apa yang ditegur tu?

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 15-1-2026 12:24 PM
Malaysia sebb da kawen dengan orang terengganu. Da beranak pinak da pun

Laju ye dia dapat jadi warga... Dulu dia asal warga mana?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 15-1-2026 12:26 PM
Laju ye dia dapat jadi warga... Dulu dia asal warga mana?

Arab Saudi kalau x silap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2026 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 15-1-2026 12:26 PM
Laju ye dia dapat jadi warga... Dulu dia asal warga mana?

Arab
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway nmpk berumur lak muka pasha kt atas. Nmpk mcm sesuai lah dgn Ustaz Irfan dalam ‘Doa Yang terlindung’ tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 15-1-2026 02:15 PM

alahai pasah...dah terang2 mmg konsert cenggitu haram tu bkn sbb nk memilih2 sbb ko artis terkenal ke apa adoooyaiii.. haram sbb ada percampuran lelaki wanita tanpa batasan, menyanyi dan menari berjoget2 atas pentas bawah pentas, mendedahkan aurat tu semua ada dlm konsert siti tu dan semua konsert2 yg sewaktu dgnnya.. its becoz konsert tu besar so ofcoz la lg byk highlight... ni bkn hukum manusia ni hukum Allah pasah oiii.. pandai bila org lain tegur je sheols ckp "niat x menghalalkan cara".. abih tu buat konsert cenggitu walaupun konsert tu ada buat amal ke apa tetap lah jatuh haram.. Niat nk beramal tu x menghalalkan cara buat konsert mcm tu even ada vvvip sekalipun... pehe ke idok? konsert in team tu kalo pegi okla jgk sbb takde joget2, xde laki pompuan menari ramai2 atas pentas atau bwh pentas.. hadoiii la.. fail betul ko ni pasah.. lainkali nk gi konsert mcm tu baik diam2 je kalo org tegur.. ko dh buat salah ko diam je.. ni nk lawan lg hukum Tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tayang badan tayang muscle tanpa tujuan tak harom eh ? Puihhh. Dasar penonggang
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ekselen replied at 15-1-2026 02:13 PM
alahai pasah...dah terang2 mmg konsert cenggitu haram tu bkn sbb nk memilih2 sbb ko artis terkenal k ...

Org tawaf kaabah pun campur laki perempuan dekkkk apatah lg konsert. Dah tahun 2026 dah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa heols ni, pempengaruh islamik?

Patutlah ada yang tak boleh ditegur atau orang bagi komen lain sikit pasal konsert sheols, sebab ada saja rakan artis dan fans sheols yang akan tolong bekap.
Sebelum ni ada saja artis2 jadi sasaran ustaz, ustazah, PU secara public...ada ke sheols bekap artis2 tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:29 PM | Show all posts
zaman skrang ni sblm nk tegur org tu, pastikan diri sendiri tu takde aib.  manelah tau kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 15-1-2026 02:33 PM
boudinniA replied at 15-1-2026 02:16 PM
Siapa heols ni, pempengaruh islamik?

Patutlah ada yang tak boleh ditegur atau orang bagi komen lai ...


yg iols tau dia ni asal influencer more to body workout pastu ada nasihat psl pemakanan sumber asli, dia tolak supplement2 tu semua..then ada jual tips diet sihat online ke apa tah..org x suka dia sbb dia kondem org2 jual supplement.. iols x amik supplement yg mcm body builder tu so iols mls nk layan benda2 tu.. tp ramai la influencer dan local malaysian yg x suka dia sbbkan isu tu..

tp berbalik pd hal konsert tu iols pun pegi je konsert tp mmg tau lah hukum gi konsert artis2 mainstream of coz la mmg menda haram.. iols diam je lah kan.. tp pembekap artis no 1 ni x tau la mmg masing2 komen menakutkan sgt.. sgt indenial ye.. baca jgkla komen2 tu kt ig/tt/yt bagai.. mmg kata lebih 60-70% menolak hukum kata konsert tu haram... yg bg komen tu pun bkn yg free hair je yg bertudung pun naik syeh jgk.. sama2 berlumba nk dpt saham dosa.. seram iols baca.. like really korang berpaksikan artis, mengidolkan seseorg sampai tak boleh ditegur walau terang2 benda haram ye.. mmg tabikla joners.. artis kesayangan korang tu dh naik haji tau.. dah bergelar hajjah tau... geleng paler iols baca komen deols satu2
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok muka fasha kat atas tu teringat pelakon yg selalu belakon watak mak2 tu, dulu2 slalu nampak berlakon, skrg xtahu la sebab dh tak tengok tv. Tak ingat nama apa tapi muka seakan dgn fasha kat atas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Fasha nampak dah tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ekselen at 15-1-2026 02:45 PM
Orix replied at 15-1-2026 02:20 PM
Org tawaf kaabah pun campur laki perempuan dekkkk apatah lg konsert. Dah tahun 2026 dah pun.


ini bukan hukum iols ye.. ini hukum Allah tau.. ke nk iols tepek segala ayat2 agama jgk ke? uols baca dgr segala ceramah2 agama tu semua ckp benda yg sama.. adakah org yg pegi haji tu menonjolkan aurat, nyanyi2 segala.. diorg beribadah kann.. knp nk samakan ibadah tu ngan konsert melalak2 plk? wahhh dah tukar tahun kau pun boleh tukar mana2 je suka asal ikut sedap tekak sendiri ke cemana? dh nk ajak org jdik liberal plk ke? jgn normalilasikan benda x sepatutnya...patut kita dh tua2 ni nasihat la benda2 yg berilmu, yg mengurangkan dosa.. ni kau pulak nk ajak org lain buat dosa byk2.. salah tu tetaplah salah, haram tu tetaplah haram.. pegang anjing semua menyalak haram haram.. bila pegi konsert artis kesayangan TAK IKUT SYARAK tiba2 jadik halal plk? ada je konsert lain yg halal kan, taknak pegi.. takpelah dosa sendiri2 kan.. yg penting aku dah nasihat, tu je.. nk ikut ke taknak ikut koranglah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nurkaseh01 at 15-1-2026 02:44 PM
ekselen replied at 15-1-2026 02:13 PM
alahai pasah...dah terang2 mmg konsert cenggitu haram tu bkn sbb nk memilih2 sbb ko artis terkenal k ...


Fasha ni mcm jahil tak habis2.. Siap dia sebut "nk kata vvip dengan tengku peramaisuri pun bermaksiat ke"? Tak kesah la siapa pun darjat org tu kalau da ada kt tmpt mcm tu sama je la dosanya..Nmpk benggong je ayat dia. Kalau tak tau agama sangat diam je fasha
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by telracs at 15-1-2026 04:53 PM
kotakbaju replied at 15-1-2026 02:32 PM
Tengok muka fasha kat atas tu teringat pelakon yg selalu belakon watak mak2 tu, dulu2 slalu nampak b ...


Wan Nur Azlin kah?
Atau Rosnah Johari?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Nurkaseh01 replied at 15-1-2026 02:43 PM
Fasha ni mcm jahil tak habis2.. Siap dia sebut "nk kata vvip dengan tengku peramaisuri pun bermaks ...

itulah... knp nk babitkan vvip tu tengku permaisuri so tiba2 dah boleh jadik halal ke.. so level tu dah jadik lebih dr Tuhan ke? tak paham aku manusia2 mcm ni.. bila ditegur blh plk masing2 merentan mcm x cukup tanah nk mengapi2kan.. ada je iols sound/tegur fans dia kt medsos tu kata mmg salah sendiri sbb gi konsert terang2 haram so diam je lah, x perlu reply pun.. senyap masing2..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.177951 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list