CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 53|Reply: 0

[Sarawak] Paras air sungai di Kapit dan Song meningkat, keadaan masih terkawal: APM

[Copy link]
Post time 15-1-2026 10:12 AM | Show all posts |Read mode


Anggota APM Kapit turut melakukan pemantauan di Sungai Sesibau, di Kapit.  - Gambar APM Kapit

KAPIT: Paras air di beberapa sungai utama di daerah Kapit dan Song dilaporkan menunjukkan trend peningkatan setakat pemantauan awal pagi ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kapit Kapten (PA) Frankie John berkata, bagaimanapun keadaan keseluruhan masih berada pada tahap terkawal.

Katanya, peningkatan paras air itu dipantau secara berterusan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) susulan hujan yang berlaku di beberapa kawasan hulu sungai.

“Setakat ini, keadaan masih terkawal dan belum menjejaskan keselamatan penduduk, namun pemantauan rapi terus dijalankan di semua lokasi berisiko,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Anggota APM sedang melakukan pemantauan di terminal bot ekspres Song. - Gambar APM Kapit

Di Daerah Song, pemantauan APM mendapati paras air Sungai Katibas di Kampung Ijok menunjukkan peningkatan sekitar jam 5.40 pagi.

Keadaan sama turut direkodkan di Sungai Chapi berhampiran Kampung Alai apabila paras air sungai berkenaan dilaporkan menaik sekitar jam 5.46 pagi.

Keadaan itu, bagaimanapun tidak menimbulkan sebarang ancaman kepada penduduk setempat.

Sementara itu, pemantauan di Terminal Bot Ekspres Song merekodkan paras air Batang Rajang pada bacaan 9.6 meter dengan trend menaik setakat jam 5.52 pagi.

Di Daerah Kapit pula, beberapa kawasan rendah turut menunjukkan peningkatan paras air hasil pemantauan awal pagi oleh pasukan APM, namun tiada sebarang insiden banjir atau kecemasan dilaporkan setakat ini.

Antara lokasi yang dipantau termasuk Rumah John Ramba di Sungai Sesibau, serta kawasan Kampung Baru dan Kampung Muhibbah, yang masing-masing merekodkan paras air menaik tetapi masih dalam keadaan terkawal.

Pemantauan di Terminal Penumpang Bot Ekspres Kapit pula merekodkan paras air Batang Rajang pada bacaan 12.5 meter dengan trend menaik sekitar jam 1.57 pagi.

Menurut Frankie, semua laluan jalan raya di Song dan Kapit masih boleh dilalui oleh kenderaan dan pejalan kaki, selain tiada keperluan membuka pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

Beliau turut menasihatkan penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan kawasan rendah supaya sentiasa berwaspada serta peka terhadap sebarang perubahan paras air, terutamanya sekiranya berlaku hujan berterusan di kawasan hulu.

Tambahnya, semua anggota berada dalam keadaan selamat manakala logistik operasi berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa sekiranya diperlukan.

APM akan terus menjalankan pemantauan berkala di semua lokasi berisiko dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat sentiasa terjamin.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049425 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list