CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 52|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak tubuh jawatankuasa tangani isu banjir

[Copy link]
Post time 15-1-2026 10:07 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari ketika melawat PPS Dewan Suarah Bintulu, hari ini. - Gambar UKAS

BINTULU: Sarawak akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang bertanggungjawab merangka perancangan serta penyelesaian terbaik secara menyeluruh dan jangka panjang bagi menangani masalah banjir, termasuk aspek kejuruteraan, sistem perparitan dan pengurusan sungai di negeri berkenaan.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyatakan perkara itu selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Suarah Bintulu yang menempatkan mangsa banjir dari kawasan Ulu Sebauh hari ini.

“Saya akan menubuhkan jawatankuasa di peringkat negeri untuk kami membuat perancangan, melaksanakan penyelesaian terbaik bagi masalah banjir,” katanya.

Beliau berkata ada pihak mencadangkan penggalian sungai untuk tujuan berkenaan namun pada pendapat beliau masalah pemendapan akan terus berlaku walaupun langkah itu diambil.

“Jadi kami cari cara alternatif lain. Kami bincang dulu, kami tidak mahu membuat pengumuman tergesa-gesa. Jawatankuasa ini akan meneliti semua pilihan dan merancang penyelesaian mampan,” katanya.

Abang Johari berkata langkah penyelesaian masalah banjir itu juga nanti turut melibatkan pihak pemaju.

Beliau ketika mengulas mengenai kerosakan infrastruktur akibat banjir kali ini berkata kerja pembaikan jalan raya terjejas tidak akan dilaksanakan segera memandangkan risiko gelombang banjir susulan dalam tempoh musim monsun.

“Kami akan bina semula selepas musim monsun berakhir bagi mengelakkan pembaikan berulang kali,” katanya.

Sementara itu, Abang Johari turut memuji keberkesanan pengurusan bantuan banjir di kawasan Sebauh apabila penyampaian bantuan kepada mangsa banjir berjalan lancar dan memuaskan, termasuk dari segi penempatan, kebajikan serta sokongan kesihatan disediakan agensi berkaitan.

“Di Sebauh, saya berpeluang bercakap dengan mangsa dan mereka berpuas hati dengan bantuan serta penempatan disediakan. Isu kesihatan turut ditangani dengan baik oleh pasukan perubatan, termasuk kes memerlukan rujukan ke hospital,” katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.050066 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list