CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Sarawak] Pemindahan penduduk ke PPS demi keselamatan mereka

[Copy link]
Post time 15-1-2026 10:04 AM | Show all posts |Read mode


Abang Johari dan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (tengah) menyaksikan Uggah (kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Balai Raya Sebauh hari ini. - Gambar UKAS

BINTULU: Tindakan memindahkan penduduk terjejas ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah untuk keselamatan nyawa penduduk terbabit susulan kawasan petempatan mereka dilanda banjir.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, adalah penting untuk mangsa banjir berpindah ke PPS untuk keselamatan nyawa mereka.

"Kita nampak di Sebauh beberapa rumah panjang airnya sampai bumbung," katanya menjawab pertanyaan pemberita semasa sidang media bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di PPS Dewan Suarah Bintulu hari ini.

Di Kuching katanya, seorang mangsa tidak mahu berpindah, jadi pihaknya terpaksa ambil tindakan (tegas) untuk memindahkannya.

Mengenai isu pemberian pampasan kepada mangsa yang tidak berpindah, beliau berkata: “Sememangnya kita mempertimbangkannya namun kita memberi beberapa syarat kepada pengerusi (pengurusan bencana) di peringkat bahagian untuk melihatnya dalam keadaan tertentu.

"Sekiranya (mangsa banjir) terdiri daripada dua hingga tiga orang perlu menjaga rumah panjang (yang dilanda banjir) kita boleh pertimbangkan tetapi kita telah berbincang dengan polis mana-mana petempatan yang ditinggalkan harus dipantau oleh pihak polis supaya tiada apa (perkara buruk) berlaku," katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.065256 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list