|
|
Pempengaruh media sosial, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad meluahkan rasa sedih apabila mengetahui rumah miliknya kini telah dijual.
Menerusi hantaran di Instagram, Sajat bagaimanapun berkata mungkin bukan lagi rezeki buatnya namun dia bangga kerana pernah memiliki rumah tersebut hasil usaha melalui rezeki yang halal.
“Kenangan rumah ini terlalu banyak untuk dilupakan. Bila saya dapat tahu rumah ini telah dijual, hati ini sedih… tapi saya reda. Mungkin itu bukan lagi rezeki saya.
“Namun saya tetap bangga. Bangga dengan usaha saya mencari rezeki yang halal. Bangga kerana pernah memiliki rumah ini dibeli dengan berkat, daripada insan yang saya idolakan,” katanya.
Sementara itu, Sajat berkata meskipun memiliki rumah tersebut hanya seketika namun ianya sangat bermakna dan dia masih ingat lagi dengan reka bentuk serta suasananya.
“Walaupun hanya seketika, ia sangat bermakna. Saya masih boleh membayangkan setiap sudutnya, reka bentuknya, suasananya.
“Hari ini saya ucapkan selamat tinggal. Rumah hanyalah bentuk, tetapi kenangan akan kekal hidup,” katanya.
Semalam, banglo milik Sajat yang terletak di Seksyen 10, Petaling Jaya. dilaporkan berjaya dilelong pada harga RM3.73 juta.
Sumber: Rotikaya
|
|