
Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan penurunan setakat jam 4 petang tadi dengan 622 mangsa daripada 194 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS) PPS itu terletak di Sibu (satu), Bintulu (satu) dan Sebauh (dua).
Setakat jam 12 tengah hari tadi, terdapat sembilan PPS aktif menempatkan 1,610 mangsa daripada 499 keluarga.
"Empat PPS menempatkan mangsa banjir di Sarawak masih aktif setakat ini selepas lima PPS di Serian ditutup.
"Manakala satu lagi iaitu PPS Awah Gawai Nrangan Biriyak Kampung Krusen Kranji di Serian menempatkan 28 mangsa tanah runtuh masih dibuka," katanya.
Sumber : Utusan Borneo
|