CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 43|Reply: 0

[Sarawak] Kejayaan baik pulih kapal Lodya Pilgrim simbol persahabatan, warisan maritim

[Copy link]
Post time 15-1-2026 09:37 AM | Show all posts |Read mode


Pihak yang terlibat merakamkan kenangan di atas kapal layar Lodya Pilgrim yang berjaya dibaik pulih setelah terdampar di Sungai Oya, Mukah tahun lalu.

KUCHING: Kapal layar bersejarah Lodya Pilgrim yang terdampar di Sungai Oya, Mukah tahun lalu selepas terlanggar batu sehingga mengalami kerosakan teruk, akhirnya berjaya dibaik pulih hasil kerjasama masyarakat tempatan dan sumbangan derma.

Bekas Senator Parlimen Malaysia Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata, insiden tersebut menimbulkan persoalan sama ada kapal itu wajar dibaiki untuk meneruskan pelayaran atau ditinggalkan sebagai tarikan pelancongan.

Beliau memaklumkan perkara itu turut dibincangkan bersama Ahli Parlimen Mukah Dato Hanifah Hajar Taib, memandangkan kapal berkenaan berada dalam kawasan Parlimennya.

“Hasil sokongan pelbagai pihak serta kepakaran pembuat bot tempatan Sarawak, Pilgrim berjaya dibaiki dan telah meneruskan pelayarannya merentasi Selat Melaka.

“Walaupun kapal tersebut sudah meninggalkan Mukah, semangat kerjasama dan persahabatan yang terjalin kekal utuh,” katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.



Pihak yang terlibat merakamkan kenangan di atas kapal layar Lodya Pilgrim yang berjaya dibaik pulih setelah terdampar di Sungai Oya, Mukah tahun lalu.
Jaziri berkata, Sarawak yang mempunyai tradisi pelayaran dan pembuatan bot yang kuat menyambut Pilgrim bukan sebagai kapal asing, sebaliknya sebagai simbol perkongsian nilai dan warisan maritim.

Menurutnya, kejayaan menyelamatkan Pilgrim mencerminkan diplomasi budaya dalam bentuk paling tulen.

“Diplomasi budaya tidak semestinya bermula dengan perjanjian rasmi atau ucapan besar. Kadangkala, ia bermula dengan sebuah kapal yang rosak dan keikhlasan manusia untuk membantu,” katanya.



Jaziri bersama Hanifah semasa sesi perbincangan mengenai kapal Lodya Pilgrim.

Beliau berkata, kepercayaan antara masyarakat dan negara terbina apabila wujud penghormatan terhadap warisan, keaslian budaya dan kesediaan berkongsi tradisi.

Tambahnya, kisah Pilgrim turut membuka ruang kepada cadangan pembinaan replika kapal tersebut di Malaysia sebagai muzium terapung dan tarikan pelancongan budaya.

“Sebuah replika Pilgrim yang dibina di Malaysia boleh menjadi simbol persahabatan Sarawak-Rusia, selain memperkayakan pelancongan budaya dan memberi peluang kepada orang ramai mengalami sejarah maritim di atas air,” katanya.

Kisah Pilgrim membuktikan bahawa kerjasama dan kepercayaan antara negara boleh dibina secara praktikal dan berperikemanusiaan, merentasi lautan dan sempadan, katanya.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.042968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list