CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42|Reply: 0

[Kedah] Peranti, cecair vape RM178,400 dirampas di kawasan paya bakau

[Copy link]
Post time 15-1-2026 09:35 AM | Show all posts |Read mode
Sejumlah kotak berisi pelbagai jenis peranti dan cecair vape ditemui di kawasan paya bakau di Ayer Hangat, Langkawi semalam. Foto ihsan PPM





Peranti, cecair vape RM178,400 dirampas di kawasan paya bakau



  • Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
  • 15 Januari 2026, 9:07 am




Share on linkedin




LANGKAWI – Pasukan Polis Marin (PPM) Langkawi berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai jenis peranti dan cecair vape ke Thailand dalam Op Taring Landai di Ayer Hangat, di sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 1 pagi itu, sejumlah kotak mengandungi barangan tersebut ditemui di kawasan paya bakau berhampiran anak sungai Kampung Ewa.

Pemangku Komander PPM Wilayah 1, Superintendan Fakharuddin Amri Sanusi berkata, operasi tersebut dilakukan Unit Risik Marin PPM Langkawi dengan kerjasama Balai Polis Ayer Hangat.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada individu berada di lokasi kejadian.

“Kesemua peranti dan cecair vape yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM178,400.

Kesemua barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Langkawi sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia Daerah Langkawi untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 berkaitan kesalahan memiliki atau menyimpan barang larangan yang disyaki diseludup. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/15/peranti-cecair-vape-rm178400-dirampas-di-kawasan-paya-bakau/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.219795 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list