CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 510|Reply: 5

[Tempatan] Beli MyKad palsu RM300 untuk dapatkan kerja

[Copy link]
Post time 15-1-2026 09:17 AM | Show all posts |Read mode


Beli MyKad palsu RM300 untuk dapatkan kerja
[size=1em][size=1em]MUHAMMAD AFHAM RAMLI[size=1em]
[size=1em]15 Januari 2026 09:07am



[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)][size=0.75em]
KUALA LANGAT - Mahu mendapatkan kerja merupakan alasan 'popular' diberi warga asing selepas dikesan memiliki kad pengenalan MyKad palsu yang dibeli pada harga RM300.

Perkara itu terbongkar selepas sebuah kilang elektronik di Telok Panglima Garang di sini digempur Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada Rabu.

Op Vape bermula jam 7.30 petang itu dijalankan bagi mencegah dan membanteras pemalsuan dokumen pengenalan diri khususnya kad pengenalan serta menangani penyalahgunaan dokumen pengenalan milik orang lain bagi tujuan pekerjaan.

Seorang wanita warga Indonesia dikenali Nulina, 37 berkata, dia diperkenalkan kepada seorang ejen oleh rakannya untuk mendapatkan MyKad palsu dengan bayaran RM300.

"Buat IC (MyKad) ini dengan kawan dan beli dari dia. Dia (kawan) beritahu kalau hendak kerja kena beli IC.

"Saya baru saja gunakannya dan IC ini sebab saya mahu kerja...tak tahu ini salah," kata ibu dua anak dalam nada perlahan ketika ditemui pemberita selepas ditahan di sini pada Rabu.

Saifuddin bertanyakan kepada wanita warga asing yang ditahan kerana memiliki kad pengenalan palsu


Bagi seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Murni turut ditahan dalam serbuan terbabit mendakwa terpaksa menggunakan salinan MyKad milik orang lain kerana mahukan kerja.

"Saya masuk ke sini (Malaysia) pada 2024 selepas dijanjikan pekerjaan sebagai pembantu rumah oleh ejen, tapi bila dah sampai sebaliknya pula berlaku, tiada apa-apa pekerjaan.

"Bermacam kerja saya buat..pekerja restoran. Lepas itu ada kawan ajak kerja kilang sini dan pakai IC kawannya untuk dapatkan kerja.

"Saya gunakan fotostat (salinan) sahaja, tak bayar pun. Masa mohon kerja bos pun tidak kata apa, mohon dan terus dapat kerja," dakwanya.

Difahamkan, kedua-dua individu terbabit antara 15 wanita Indonesia yang ditahan berkenaan kes demikian.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, operasi terancang itu digerakkan hasil intipan tiga minggu dan berjaya mengesan kesalahan memiliki kad pengenalan palsu serta menggunakan kad pengenalan orang lain.

JPN melaksanakan semakan dokumen pekerja asing semasa Op Vape di sebuah kilang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada Rabu.


Jelasnya, tindakan JPN ialah Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-dua sekali.

"Di bawah tindakan JIM, kita akan siasat jika mereka masuk kosong tanpa dokumen, keduanya pas kerja sah yang tamat atau salah guna pas dan ketiga ialah tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63, manakala JTK pula akan menguatkuasakan Akta Kerja 1955," katanya dalam sidang akhbar di lokasi serbuan.

Turut hadir Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias.
Tambah Saifuddin, pihaknya akan meneliti semua elemen termasuk mengenal pasti dalang serta ekosistem kegiatan terbabit secara menyeluruh.

"Operasi bersama ini akan kita kenal pasti  siasatan dibuka dengan mengumpul semua maklumat dan dokumen syarikat dari mana tenaga kerja ini diperolehi," ujarnya.

Tegasnya, kerajaan memandang serius sebarang bentuk penyelewengan dan pemalsuan dokumen pengenalan diri kerana ia memberi implikasi besar terhadap keselamatan negara.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 11:58 AM | Show all posts
Sapa yang bodoh sangat jual ic palsu harga RM300 itu? Tak tau kira untung business, forecast profit, ROI berapa % ke? Kalu RM3000 ok lah juga. Ko dapat 300 depa dapat unlimited gaji berapa puluh/ratus  ribu selagi tak kena tangkap. Mungkin package dapat laki lagi. Bodoh betul la.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
silance replied at 15-1-2026 11:58 AM
Sapa yang bodoh sangat jual ic palsu harga RM300 itu? Tak tau kira untung business, forecast profit, ...

'tolong saudara' tu yg murah....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 04:39 PM | Show all posts
"Buat IC (MyKad) ini dengan kawan dan beli dari dia. Dia (kawan) beritahu kalau hendak kerja kena beli IC.

"Saya baru saja gunakannya dan IC ini sebab saya mahu kerja...tak tahu ini salah," kata ibu dua anak dalam nada perlahan ketika ditemui pemberita selepas ditahan di sini pada Rabu.


Aku syorkan Msia tolonglah ketatkan peraturan dan keraskan hukuman pada orang-orang macam ni.

Yang kaki sekongkol (warga tempatan), jangan kasi peluang. Dedahkan sapa famili duduk mana kampung mana biar malu.
Loyar jangan nak ngengade merayu tertuduh ada anak bini la ongtua sakit la... takde kaitan pun alasan tu semua.
Kedaulatan negara bukan boleh dinego-nego dengan alasan masalah peribadi tertuduh.

Sekarang mungkin tak kena.
Esok lusa anak bini sendiri kena balun dengan warga asing, itu jam baru ko kenai tinggi tak tinggi langit atas kepala tu.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 04:43 PM | Show all posts
Waktu masuk kat epot takde teket balik, rejek halau depa ni balik.

Bila dilepaskan macam tu jer, jadi la macam sekarang. Masuk tapi tak keluar bertahun.
Lepas tu sapa yang nak gi kutip sekor-sekor? Kan membazir masa dan tenaga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak marah diorang pun tak boleh, orang Malaysia sendiri nak kerja duduk dalam aircond walaupun underpaid. Sebab tu orang tempatan minat politik dan menyakau, yang penting tak kerja bawah panas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046415 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list