CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 1286|Reply: 24

[Tempatan] Program RTK 2.0: Pengarah Syarikat Warga Bangladesh Didenda RM50,000 Kemuka Dokumen Palsu

[Copy link]
Post time 15-1-2026 09:04 AM | Show all posts |Read mode





Program RTK 2.0: Pengarah Syarikat Warga Bangladesh Didenda RM50,000 Kemuka Dokumen Palsu[color=rgba(0, 0, 0, 0.65)]
KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Seorang pengarah syarikat warga Bangladesh didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengemukakan dokumen palsu kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi permohonan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0), tiga tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammed Jasim, 43, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan.
Mahkamah juga memerintahkan bapa lima anak itu menjalani hukuman penjara setahun jika gagal membayar denda.


Dia didakwa menggunakan surat penganugerahan sebuah syarikat bagi projek cadangan tambahan dan perubahan pada bangunan kondominium Jalan Tun Razak di sini bertarikh 1 Julai 2023, yang diketahui tertuduh sebagai palsu.

Kesalahan itu dilakukan di Bahagian Penguatkuasaan JIM di Putrajaya pada 27 Sept 2023 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Farith Emier Farhan Morni merayu hukuman berbentuk denda atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berkuasa termasuk sanggup mengambil penerbangan dari Bangladesh pada November 2025 selepas dihubungi pihak berkuasa.


Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip pula memohon hukuman setimpal kerana perbuatan tertuduh telah mengkhianati kepercayaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia kerana dia menggunakan dokumen palsu bagi projek terbabit.

Berdasarkan fakta kes, JIM mengeluarkan e-mel kepada syarikat tertuduh iaitu Nisa Resources Sdn Bhd bertarikh 18 Sept 2023 bagi penetapan janji temu bagi permohonan RTK 2.0 yang dibuat syarikat itu untuk pekerja sektor pembinaan seramai 14 pekerja melalui Sistem Temujanji Online (STO).

Tertuduh, melalui isterinya yang juga seorang daripada pengarah syarikat berdaftar bagi Nisa Resources telah mengemukakan surat Permohonan Temujanji Thumbprint bagi Program RTK 2.0 untuk semua pekerja sektor pembinaan syarikat itu berserta senarai pekerja atau pendatang tanpa izin bertarikh 27 Sept tahun sama.


Semasa janji temu di Bahagian Penguatkuasa Putrajaya, tertuduh melalui isterinya secara tidak jujur menggunakan satu dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat penganugerahan daripada Syarikat Orion Management Corporation.

Dokumen itu kemudian telah disahkan sebagai palsu oleh pihak The Orion Condominium Management Corporation, yang mengesahkan bahawa projek tidak wujud, format kepala surat juga salah dan mereka tidak pernah berurusan dengan Nisa Resources.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2026 09:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangla kaya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:06 AM | Show all posts
kt fb ada yg kata mcm yondu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 11:08 AM | Show all posts
amboi..oren nyer janggut...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 12:08 PM | Show all posts
Edited by silance at 15-1-2026 12:13 PM

Gambor muka depan bukan main lagi.....
Membuatkan graf kebencian ku pada geng penipu ini bertambah dua kali ganda.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2026 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila undang2 negara bukan ditakuti tapi 'diprovokasi' oleh bangla...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perlu baju oren, janggut saya sudah oren tp kalau pakai baju oren lagi sedondon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 15-1-2026 10:06 AM
kt fb ada yg kata mcm yondu

Apa tu?
Btw bangla ni bini dia org tempatan ke?
Tp katanya sanggup amik penerbangan dr bangla sanun pi naik mahkamah ni
Perempuan tempatan ramai sanggup kawen wargasing pastu acah2 dia surirumah dan biarkah laki jadi bos jaga bisnes walhal nama company semua daftar guna nama bini
Tu blm lagi yg sanggup jadi bini kontrak pakis
Iols ada baca komen2 org pakis ni tawarkan kat mak dia sekian2 jumlah hanya tuk jadi bini atas kertas
Mak dia ibu tunggal dah tua, sbb pakis tu perlukan nama mak dia laa tuk meniaga.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 15-1-2026 02:23 PM
Apa tu?
Btw bangla ni bini dia org tempatan ke?
Tp katanya sanggup amik penerbangan dr bangla sanu ...

Ada paki muda nikah nenek tua sbb nk stay sini. Geli geleman aku tgk nenek tu dgn lakinya nak maja2 tp laki buat bodo je.. dia pun nmpk x selera.. tp sanggup hadap nenek tu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 02:28 PM | Show all posts
lepas jatuh hukum, patut blacklist sepanjang hayat dari memasuki semula Malaysia. ada ke akta macam tu? ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Scarynya muka dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 15-1-2026 02:27 PM
Ada paki muda nikah nenek tua sbb nk stay sini. Geli geleman aku tgk nenek tu dgn lakinya nak maja ...

Kt Tiktok ke nenek tu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat lain machiam warna janggut tu.
Guna sireh ka
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli betul Bangla ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Heshe pakai dye brand apa tu?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 15-1-2026 03:38 PM
Kt Tiktok ke nenek tu?

Tak.. dpn mata aku.. jiran aku yg bg tau kisah dia laki dia asyik borak dgn kwn dia je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2026 06:27 PM | Show all posts

Ini







Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 06:50 PM | Show all posts

motipp haku tertengok clip ni

yihhhhhh


Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
longgar nya penguatkuasaan/undang2 kita
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 12:58 AM GMT+8 , Processed in 0.355353 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list