CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 85|Reply: 0

[Johor] 42 sindiket pengedaran dadah lumpuh, dadah bernilai RM176.33 juta disita

[Copy link]
Post time 15-1-2026 08:03 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad. FOTO Arkib NSTP

Johor Bahru: Polis Johor berjaya menumpaskan 42 sindiket pengedaran dadah di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, berkata dalam tempoh sama seramai 138 ahli sindiket ditahan dan pelbagai jenis dadah bernilai RM156.3 juta dirampas.

Katanya, turut disita pelbagai aset milik sindiket dadah yang dianggarkan bernilai RM5.54 juta.

"Secara keseluruhan Jabatan Siasatan Narkotik Johor merekodkan prestasi membanggakan apabila berjaya menahan seramai 26,429 individu atas pelbagai kesalahan dadah, selain merampas sebanyak 3.34 tan dadah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM176.33 juta.

"Kejayaan ini menempatkan Kontinjen Johor di kedudukan keempat tertinggi rampasan dadah di seluruh negara," katanya ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Datuk Ab. Rahaman berkata, bagi pertuduhan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan penagih berulang, JSJN Johor merekodkan 767 tangkapan, sekali gus meletakkan negeri ini di kedudukan kelima keseluruhan.

Sementara itu, tangkapan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1985 pula menyaksikan Kontinjen Johor menduduki tempat tertinggi dengan 111 tangkapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor turut menunjukkan peningkatan prestasi apabila penyelesaian kes meningkat sebanyak 122 kes daripada 3,519 kes pada tahun 2024 kepada 3,641 kes pada tahun 2025, dengan kadar penyelesaian sebanyak 66.08 peratus.

"Kadar pertuduhan pula meningkat sebanyak 5.69 peratus berbanding tahun sebelumnya, dengan pencapaian keseluruhan mencecah 57.81 peratus," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.047499 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list