CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 84|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Bapa didakwa arah anak mencuri di pasar raya kena tahan

[Copy link]
Post time 15-1-2026 07:54 AM | Show all posts |Read mode


Jempol : Tindakan seorang bapa yang tergamak menyuruh anak lelaki berusia 10 tahun mencuri di pasar raya akhirnya membawa padah apabila lelaki berusia 34 tahun itu ditahan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol Deputi Superintendan R Premkumar berkata, dalam kejadian 11.45 pagi hari ini, kanak-kanak berkenaan diarah bapanya mencuri satu peket Nescafe seberat 200 gram di sebuah pasar raya di Bahau.

Katanya, insiden disedari penyelia pasar raya yang kemudian membuat laporan polis.

"Siasatan awal mendapati bapa kandung kanak-kanak itu sebelum ini sering memaksa anak sulungnya mencuri barang keperluan harian di beberapa premis perniagaan di sekitar Bahau dan Batu Kikir.

"Jika kanak-kanak itu enggan, suspek didakwa akan marah dan mengugut mahu mencederakan mangsa," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, disebabkan itu mangsa alami penderaan emosi dan penganiayaan oleh bapa kandung sendiri supaya melakukan jenayah.

Premkumar berkata, suspek sudah d berkas dan semakan awal mendapati dia mempunyai tujuh rekod kesalahan lampau berkait jenayah dan dadah.

Katanya suspek juga mempunyai rekod individu dikehendaki pada 2021 dan pernah disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

"Susulan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 380 dan 109 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Sumber : harian metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.125963 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list