CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 62|Reply: 0

[Kedah] Lelaki maut motosikal bertembung kereta dipandu wanita hamil

[Copy link]
Post time 15-1-2026 02:40 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut motosikal bertembung kereta dipandu wanita hamil

15 Januari 2026 12:41am





Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kedua-dua kaki. Foto IPD Pendang





ALOR SETAR - Seorang lelaki maut manakala isteri dan anak perempuannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dipandu seorang wanita hamil di Jalan Tanah Merah, dekat Pendang pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Mohd Rosli Yusof berkata, mangsa, Muhammad Hafiz Mahyar, 37, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan kedua-dua kaki.

"Kemalangan berlaku kira-kira jam 11.10 pagi ketika wanita berusia 26 tahun yang hamil lapan bulan memandu kereta jenis Perodua Axia dalam perjalanan dari Pendang menghala ke Kubur Panjang.

Sebaik tiba di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

"Kereta terbabit telah bertembung dengan motosikal dinaiki tiga beranak itu yang sedang bergerak lurus.

Akibat pelanggaran itu, kesemua mangsa telah tercampak ke atas jalan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, isteri mangsa yang berusia 31 tahun cedera di kepala dan retak tulang pinggul, anak mereka yang berusia satu tahun lapan bulan retak tempurung kepala serta patah paha kanan manakala wanita hamil itu mengalami sakit di bahagian perut.

Mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, di sini untuk bedah siasat manakala kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/764063/berita/semasa/lelaki-maut-motosikal-bertembung-kereta-dipandu-wanita-hamil


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.045655 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list