CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 103|Reply: 1

[Sukan & Senibela Diri] Terbuka India: Jun Hao, Justin kandas di pusingan pertama

[Copy link]
Post time 14-1-2026 08:46 PM | Show all posts |Read mode
JUN HAO yang berdepan masalah kesihatan terpaksa menarik diri di set kedua ketika berdepan Tanaka. - SHIDDIEQIIN ZON





Terbuka India: Jun Hao, Justin kandas di pusingan pertama



  • Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI
  • 14 Januari 2026, 5:41 pm




KUALA LUMPUR – Cabaran perseorangan lelaki negara pada Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi berakhir selepas Leong Jun Hao dan Justin Hoh tersingkir di pusingan pertama.

Pada aksi yang berlangsung di Indira Gandhi Arena hari ini, Justin tewas kepada pemain China, Lu Guang Zu manakala Jun Hao terpaksa menarik diri di set kedua ketika berdepan Yushi Tanaka dari Jepun.

Justin yang turun beraksi lebih awal cuba memberikan tentangan sengit kepada lawannya sebelum akur tewas menerusi aksi straight set 17-21, 15-21 dalam tempoh 42 minit.

Selepas ini, bekas juara remaja Asia itu akan menggalas cabaran pada Indonesia Masters minggu depan dan dijadualkan berdepan seorang lagi pemain China, Wang Zheng Xing di pusingan pertama.

Sementara itu, Jun Hao pula tidak dapat bertahan sehingga ke hujung perlawanan apabila terpaksa menarik diri di set kedua ketika Tanaka sedang mendahului 8-3.

Difahamkan, dia sedang mengalami demam selain terpaksa berdepan keadaan udara yang tidak sihat di New Delhi apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 657.

Justeru, keadaan tersebut menyebabkan Jun Hao berada dalam keadaan belum pasti sama ada dapat menyertai kejohanan Indonesia Masters minggu depan ataupun tidak.

Semalam, perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia turut menerima nasib sama apabila tersingkir di pusingan pertama selepas tewas 13-21, 21-18, 18-21 kepada pemain Denmark, Rasmus Gemke. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/01/14/terbuka-india-jun-hao-justin-kandas-di-pusingan-pertama/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2026 12:20 PM | Show all posts
tq @Vellfire  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Sukan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.049703 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list