CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 883|Reply: 18

[Dunia] Kajian Institut Melbourne mendedahkan pekerja berusia 40 tahun ke atas memerlukan cuti empat hari seminggu untuk kekal produktif.Anda setuju?

[Copy link]
Post time 14-1-2026 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Kajian Institut Melbourne mendedahkan pekerja berusia 40 tahun ke atas memerlukan cuti empat hari seminggu untuk kekal produktif. Bekerja melebihi tiga hari selepas usia tersebut dikesan boleh menjejaskan prestasi kerana proses pemulihan tenaga yang lebih perlahan berbanding golongan muda.

Cuti dua hari dianggap tidak lagi mencukupi untuk memulihkan kesihatan mental dan fizikal pekerja senior secara berkesan. Penyelidik menyatakan bahawa pekerja dalam kategori usia ini akan menjadi lebih fokus serta tajam di pejabat sekiranya mendapat masa rehat yang lebih panjang.

Sistem kerja tradisional perlu dinilai semula bagi menyokong kesejahteraan pekerja senior demi kualiti kerja yang lebih baik. Pemberian masa rehat tambahan terbukti mampu meningkatkan kecekapan organisasi sekali gus menjamin hasil kerja yang lebih efektif untuk jangka masa panjang.

Sumber: Spottedhollywood

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2026 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuti nak banyak, gaji pun nak banyak. Elok mati jela korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kembali kepada sistem zaman dahulu jer la.. tak perlu lah 9-5 rat race bagai ni..

Kimk henry ford
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts

Betul la bila dh tua² ni performance dh slow. Ini kalau dpt byk hari cuti, gaji pun kena kurangkan juga lah ek.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:52 PM | Show all posts
Dah banyak negara yang bikin pilot project 4 hari kerja ni sebab menampakkan kesan yang amat positif tak kira muda mahupun tua.
Tapi bukan semua sektor la buleh buat cara gini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2026 10:55 PM | Show all posts
Level kapitalis, kerah selagi buleh.
Kalau law kata kerja 59 jam/minggu... itulah dorang akan ikut.
Bila staff mati sebab penat, peduli hapa dorang... kat belakang tu ada 10 orang lagi menunggu tempat kosong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2026 12:46 PM | Show all posts
airfilterkotor replied at 14-1-2026 10:55 PM
Level kapitalis, kerah selagi buleh.
Kalau law kata kerja 59 jam/minggu... itulah dorang akan ikut.
...

iye.. dah balik, malam, cuti, sakit pun sibuk msg tanya kerja.. siapa kata kerja 48 jam je seminggu?
kadang aku pikir dulu2 takde whatsapps, handphone, banyak juga company yg maju. elok je production.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 03:45 PM | Show all posts
ok je, rate gaji ikut 4 hari seminggu tu, pastu kalau kerja lebih kira ot..why bother
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 03:59 PM | Show all posts
kucingitam replied at 15-1-2026 12:46 PM
iye.. dah balik, malam, cuti, sakit pun sibuk msg tanya kerja.. siapa kata kerja 48 jam je semingg ...

kan...skrg nie after ofis hour pun kena ganggu...kena reply whatsapp lah, e-mail lah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 04:08 PM | Show all posts
setuju sgtt...biasa aku produktif malam2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 04:20 PM | Show all posts
kalo dok malaysia ni berangan je la senah oii nak cuti lama2 mcm tu. lagi2 byk investor china masuk malaysia. jangan harap nak aman2..kat negara dia sendiri pun kerah org keje 7 hari seminggu...dah la yg sedia ada kat malaysia ni pun dah sediakala kapitalis. tambah lg yg baru...mmg lagi hauk la
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 gen Z lebih bnyk penyakit drpd senior yg berumur 40 tahun ke atas
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 06:52 PM | Show all posts
memerlukan cuti empat hari seminggu untuk kekal produktif.


so keja hari jumaat je.. tu pun break solat jumaat lama

isnin - kahmis cuti, camtu ke?

bolehh sangat... janji kampeni sendiri or kampeni papa mengah holdings
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 15-1-2026 12:46 PM
iye.. dah balik, malam, cuti, sakit pun sibuk msg tanya kerja.. siapa kata kerja 48 jam je semingg ...

Aku pon geram bila boss aku perli bila kami yg muda2 ni datang & balik on time. Aku cakap aku ada anak & keluarga kat rumah & priority aku lepas waktu kerja bukan hal office. Dia boleh cakap zaman dia dulu orang committed tak macam budak sekarang. Tu bukan committed, tu corporate slavery. Dah la masa aku buat major operation dia boleh tanya pasal kerja.. padahal aku masih pening2 baru sedar dari bius. Aku call sebab nak bagitahu yg aku buat pembedahan emergency je.. bukan nak tanya pasal condition, dia suruh aku forward email yg aku dah hantar kat dia minggu sebelumnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 14-1-2026 10:55 PM
Level kapitalis, kerah selagi buleh.
Kalau law kata kerja 59 jam/minggu... itulah dorang akan ikut.
...

Jangan terkejut company GLC & MNC yg nampak gah & modern pon banyak yg masih ikut cara lama especially yg bukan dekat HQ. Start kerja pukul 7 pagi, balik malam.. xde overtime sebab executive level, dilarang join union, kerja 6 hari seminggu. Kadang2 kerja direct 11 hari sebab hari ahad buat maintenance. Ada orang yg aku kenal sampai makan ubat depression.. bila mintak cuti tanpa gaji, company layan macam sampah & push sampai staff rasa nak resign sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju tapi kita mulakan dgn cuti 3 hari seminggu dulu pun dah cukup bersyukur
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2026 09:48 PM | Show all posts
azimodin replied at 15-1-2026 08:31 PM
Jangan terkejut company GLC & MNC yg nampak gah & modern pon banyak yg masih ikut cara lama especi ...

Hehehee... malas nak cerita panjang perihal kemurungan mental dikalangan staff kampeni besar kaler hijo.
Cukuplah sekadar team kami jadi saksi betapa murungnya dorang, tak payah la nak tunjuk ego jawatan korang dengan muka happy depan kami... kami boleh baca laa.

Persekitaran heirarki yang toksik, namun ego korang mengaburi segalanya.

Kemurungan mental adalah musuh anda yang sebenar.

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 15-1-2026 09:48 PM
Hehehee... malas nak cerita panjang perihal kemurungan mental dikalangan staff kampeni besar kaler  ...

Faham chuols. I pon makan fluvoxamine for ages... Kerja tetap jalan tapi bila i bising pasal orang kacau luar waktu kerja terus kena chop "bad attitude". Malas nak membahas panjang2 dengan manusia sombong mendongak langit. Kita ni cari rezeki yg halal.. asalkan kerja siap, lantak la apa orang atas nak cakap. Rezeki Allah bagi.. kalau ditakdirkan medical board out, iouls doalan orang yg ganti tempat i bersabar hadap macam2 perangai hazabedah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2026 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat cuti hari rabu paling best, segar je nk dtg hari khamis dannjumaat tu, sabtu ahad cuti mcm biasa.. isnin selasa keja, rabu cuti, khamis jumaat keja, sabtu ahad cuti..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.068656 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list