CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Pulau Pinang] Untung atas angin RM1.50

[Copy link]
Post time 14-1-2026 06:05 PM | Show all posts |Read mode
Untung atas angin RM1.50

Nur Izzati Mohamad[email protected]





JEGAN (kanan) melihat tangki IBC yang mengandungi minyak masak bersubsidi ketika serbuan di sebuah rumah di Jalan Pekan Darat, Butterworth. FOTO Nur Izzati Mohamad.




Butterworth: Memotong paket minyak masak bersubsidi satu kilogram (kg) kemudian memindahkannya ke dalam tangki 'IBC' sebelum dimasukkan dalam bekas tong berkapasiti 17kg untuk dijual kepada restoran makanan sekitar Pulau Pinang.

Itu modus operandi yang berjaya dibongkarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Pulau Pinang apabila menyerbu sebuah rumah dekat Jalan Pekan Darat, di sini yang dijadikan stor pemprosesan dan penyimpanan minyak masak berkenaan.

Pengarah KPDN negeri, S Jegan, berkata serbuan kira-kira 10 pagi itu dibuat hasil maklumat orang awam dan intipan sejak sebulan lalu.

"Ketika serbuan keadaan rumah yang dijadikan stor ini seperti tiada penghuni, selain berada dalam keadaan gelap (tiada bekalan elektrik).

"Pemeriksaan lanjut dijalankan menemui peralatan motor pam beserta hos, corong minyak, pisau pemotong serta sejumlah bungkusan plastik kosong minyak masak paket satu kg yang sudah dipotong dan dipindahkan ke dalam tangki IBC.

"Tindakan ini dipercayai bertujuan mengubah bentuk asal barang kawalan untuk penjualan semula secara tidak sah atau penyimpanan tanpa kebenaran yang didapati minyak masak itu dimasukkan ke dalam satu bekas tong berkapasiti 17kg untuk dijual kepada restoran sekitar negeri ini," katanya kepada kepada pemberita, di sini, hari ini.

Katanya, semua minyak masak paket itu dibeli dari pemborong serta peruncit setiap dua minggu sekali, sebelum penyeleweng menjual semula dengan harga RM4 sekilogram dan memperoleh keuntungan RM1.50 bagi setiap kg.

Jegan berkata, walaupun jumlah rampasan tidak terlalu besar namun kekerapan aktiviti penyelewengan itu terlalu tinggi yang memerlukan kerjasama orang awam untuk membuat laporan.

"Seperti serbuan di lokasi ini jika tiada orang awam yang melaporkan kita tidak tahu berlakunya aktiviti itu di sini, apatah lagi operasi dijalankan dalam premis tertutup yang menyukarkan kita," katanya.

Selain serbuan di rumah terbabit, KPDN negeri turut menjalankan operasi sama di dua stor sekitar Sungai Bakap dan Butterworth, di sini dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah hampir RM26,000.

Tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40-an yang berada di lokasi ditahan untuk membantu siasatan.

Jegan berkata, hasil siasatan mendapati ketiga-tiga stor yang diserbu sudah beroperasi antara dua hingga enam bulan lalu.

Menurutnya, mereka juga gagal mengemukakan sebarang dokumen lesen atau permit yang sah untuk memiliki atau mengurus barang kawalan berjadual seperti yang diwajibkan oleh undang-undang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) iaitu memiliki barang kawalan dengan niat untuk melakukan kesalahan.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 5:47pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310877/untung-atas-angin-rm150




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049982 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list