CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 58|Reply: 0

[Perlis] Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara

[Copy link]
Post time 14-1-2026 04:22 PM | Show all posts |Read mode
Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
14 Januari 2026 03:51pm





Abu Bakar pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di Kangar pada Rabu.




MENTERI Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air.

Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.


"Kalau tiada keberatan, saya sendiri akan ambil tanggungjawab sebagai Presiden PFA.

Kita perlu selesaikan isu pendaftaran dan pemilihan semula jawatankuasa terlebih dahulu sebelum bergerak ke hadapan,” katanya pada sidang akhbar pada Rabu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Kompleks Seri Putra di sini.


Abu Bakar berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) baru-baru ini bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan pembangunan bola sepak Perlis.

Menurutnya, jawatankuasa PFA sedia ada masih belum mengadakan sebarang mesyuarat walaupun sudah melepasi tempoh dua tahun, sekali gus menimbulkan persoalan mengenai hala tuju persatuan itu.

“Antara yang dibincangkan termasuk kemungkinan rombakan dalam PFA serta penyelesaian terhadap isu-isu lama yang masih membelenggu sejak 2019," ujarnya.

Jelasnya, antara isu utama yang perlu diberi perhatian ialah penggantungan PFA oleh FAM susulan aduan pemain import kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkaitan tunggakan gaji.

Dalam pada itu, terdapat juga cadangan untuk menubuhkan pasukan baharu dengan nama lain, naming beliau berpendapat lebih baik mengekalkan nama Perlis demi maruah dan identiti negeri.


“Kita boleh daftar pasukan baharu dan guna nama lain, tapi sampai bila?

Lebih baik kita kekalkan nama Perlis walaupun ada kos tertentu yang perlu diselesaikan,” katanya.

Tambah Abu Bakar, tiada sebarang dana kerajaan negeri akan disalurkan kepada PFA, sebaliknya pendekatan lebih berhemah dan bertanggungjawab akan diambil bagi memastikan kelangsungan pembangunan bola sepak negeri.

“Kita akan cari jalan penyelesaian tanpa membebankan kerajaan negeri.

Apa yang penting sekarang adalah struktur pentadbiran PFA perlu diperbetulkan dahulu,” tambahnya.


Sebagai rekod, Singa Utara juga pernah menjuarai Liga Super 2005 selain dua kali menjulang Piala Sumbangsih.

https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048803 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list