CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 53|Reply: 0

[Pulau Pinang] Hanya tebang pokok, kawasan terbabit bukan hutan simpan - ADUN

[Copy link]
Post time 14-1-2026 03:32 PM | Show all posts |Read mode
Hanya tebang pokok, kawasan terbabit bukan hutan simpan - ADUN

Zuhainy Zulkiffli[email protected]






KAWASAN di Bukit Relau yang disahkan milik persendirian dan terbabit dengan penebangan dan pembakaran terbuka. FOTO Ihsan Pejabat ADUN Bayan Lepas.




Bayan Lepas: Kawasan di Bukit Relau di sini yang tular selepas dikatakan terbabit dengan penebangan hutan secara tidak sah, dikenalpasti sebagai tanah milik persendirian dan dalam kategori 'Gred Pertama'.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz berkata, kerja penebangan dan pembersihan tanah yang dilakukan di bukit itu juga disahkan bukan daripada kerajaan.

"Saya mengambil maklum aduan awam yang berlegar di media sosial mengenai penebangan pokok di atas bukit berkenaan.

"Pemeriksaan menerusi dron sudah dibuat dan didapati tiada kerja tarahan tanah tetapi hanya kerja penebangan pokok dilakukan secara manual," katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, bagi pihak berkuasa tanah dan daerah tiada klausa untuk menghalang aktiviti berkenaan dan segala perancangan oleh pemilik tanah.

"Tanah bukit berkenaan didapati terletak dalam Mukim 10 dan bukan hutan simpan seperti yang didakwa.

"Teguran dan amaran atas kerja pembakaran secara terbuka yang mencemar alam sekitar akan dibuat," katanya lagi.

Semalam, tular di Facebook selepas pengguna memuat naik hantaran mendakwa berlaku kejadian bukit ditarah dan boleh dilihat di kawasan Teluk Kumbar.

"Sesiapa di sini tahu bukit ini ditarah sebegini? Kalau tak silap saya hutan ini adalah dalam kategori hutan simpan," tulis pengguna terbabit.



Disiarkan pada: Januari 14, 2026 @ 3:24pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1310809/hanya-tebang-pokok-kawasan-terbabit-bukan-hutan-simpan-adun




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.046070 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list